Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Pelajar cemerlang Program Pengurusan Teknologi (Pembinaan), FPTP terima anugerah Queen Elizabeth 2
Pelajar cemerlang Program Pengurusan Teknologi (Pembinaan), FPTP terima anugerah Queen Elizabeth 2 Print E-mail
Hear this article
Batu Pahat - Roy Hazli Abdullah, pelajar Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP)   telah menerima anugerah Queen Elizabeth 2, CIOB (UK) yang disampaikan oleh presiden CIOB dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Al-Farabi, Masjid Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 27 November 2016 lalu.

Majlis anjuran Kelab Construction Management (CMC) dengan kerjasama Technology Management and Business Club (TMB) diadakan bertujuan untuk menyampaikan anugerah berprestij ini kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian program Pengurusan Teknologi (Pembinaan) di bawah FPTP oleh pihak Chartered Institute of Building (CIOB).

Anugerah Queen Elizabeth 2 adalah merupakan satu anugerah yang diberikan oleh pihak CIOB kepada graduan yang mengikuti program yang berkaitan dengan pembinaan di universiti-universiti seluruh dunia.

Anugerah ini diberikan kepada graduan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelbagai aspek yang mana ia dicalonkan oleh pihak universiti yang telah diiktiraf oleh pihak CIOB. Hadiah berupa mata wang sebanyak 500 pound atau dengan jumlah mata wang yang setara serta sijil pengiktirafan CIOB juga diberikan kepada penerima anugerah.

Majlis tersebut dihadiri oleh wakil FPTP, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Dr Md Asrul Nasid Masrom; Ketua Jabatan Pengurusan Pembinaan, Dr. Mohd Yamani Yahya; Ketua-ketua Panel Bidang, Dr. Norliana Sarpin dan Dr Sulzakimin Mohamed dan empat wakil CIOB Malaysia termasuk presidennya, Sr. Ong Bok Siong.

Roy Hazli yang kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di UTHM berkata dalam usaha mengejar sesuatu kejayaan, seseorang pelajar itu perlu sentiasa yakin dengan keupayaan diri serta jelas tentang apa yang  diinginkan.

“Walau apapun kekecewaan atau kegagalan yang pernah kita tempuhi pada masa lalu, jangan sesekali biarkan ia menjadi penghalang untuk kita mengejar kejayaan pada masa akan datang.”

Kita tidak mampu untuk mengubah masa lalu tetapi kita mampu untuk mengubah masa depan di samping berusaha menjalinkan hubungan yang baik dengan Tuhan, ibubapa dan juga para pensyarah,” katanya.

Anugerah QE2 ini dilihat satu pengikhtirafan yang sangat tinggi kepada seluruh warga FPTP.  Ini kerana dengan adanya pengikhtirafan anugerah seperti ini, ia telah meletakkan nama UTHM setanding dengan universiti-universiti antarabangsa lain yang menawarkan program pembinaan seperti yang ditawarkan oleh FPTP, khususnya Program Pengurusan Teknologi (Pembinaan). Prestasi yang cemerlang ini diharap dapat diteruskan lagi oleh seluruh ahli akademik dan para pelajar demi meningkatkan lagi pencapaian sedia ada pada masa akan datang.

Last Updated ( Rabu, 18 Januari 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.