Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM tuan rumah KPTN 2017 zon selatan – jangka tarik 40,000 pengunjung
UTHM tuan rumah KPTN 2017 zon selatan – jangka tarik 40,000 pengunjung Print E-mail
Hear this article
Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN 2017) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang melibatkan tujuh zon bermula di negeri Kelantan dan berakhir di Negeri Sembilan kembali menemui masyarakat mulai 11 Februari sehingga 26 Mac 2017.

Untuk penganjuran KPTN 2017 bagi zon selatan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dipilih untuk menjayakan karnival ini pada 25 dan 26 Februari. Oleh kerana lokasinya yang strategik, penganjuran  ini dijangka akan menarik kira-kira 40,000 pengunjung ke tapak karnival.

KPTN 2017 dianjurkan bertujuan mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai pendidikan sedia ada dan baharu yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2017/2018. Di samping itu, penganjuran karnival ini juga adalah bagi memupuk kesedaran dan mendidik pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara secara dalam talian melalui UPUOnline URL http://upu.mohe.gov.my.

Selain itu, karnival ini bertujuan memberi peluang kepada orang ramai terutama pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan Diploma/setaraf untuk mendapatkan panduan serta maklumat terperinci dan terkini dari universiti-universiti dan kolej-kolej di Malaysia yang menyertai pameran pendidikan tersebut.

Program ini dijalankan sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre) yang bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan lebih informasi mengenai peluang pendidikan tinggi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf.

Banyak aktiviti menarik menanti pengunjung sepanjang dua hari karnival berlangsung antaranya ialah Seminar Kemasukan Pelajar, Pameran Pendidikan melibatkan lebih 150 Universiti Awam, Universiti Swasta dan pelbagai Agensi Awam dan Swasta, Career Talk bersama Angkasawan Negara, Dr. Faiz Khaled, Persembahan Artis Jemputan (Najwa Latif), Pameran Learjet, Simulasi Penerbangan, Persembahan Kebudayaan oleh Pelajar UTHM, Pertandingan Kuiz, Pameran Badan Beruniform, Pameran Pasukan Rowing UTHM, Food Truck dan Aktiviti Keusahawanan Pelajar.

Orang ramai terutamanya pelajar lepasan SPM, STPM, Matrik dan Diploma/Setaraf serta individu yang berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi adalah dipelawa untuk menghadiri Karnival ini.


Last Updated ( Selasa, 21 Februari 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.