Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Program Jalinan Mesra 2.0 FPTV - erat hubungan antara Pengurusan HEPA dan Mahasiswa
Program Jalinan Mesra 2.0 FPTV - erat hubungan antara Pengurusan HEPA dan Mahasiswa Print E-mail
Hear this article
Pengurusan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) mengambil langkah proaktif bagi semester baru bermula tahun 2017 dengan mengadakan Program Jalinan Mesra 2.0 yang berlangsung pada 22 Februari lalu bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Program ini melibatkan mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional dan semua Ahli Jawatankuasa HEPA Fakulti. Penganjuran program ini bertujuan mewujudkan budaya bermasyarakat dan bermesyuarah dalam kalangan mahasiswa dan pemimpin fakulti. Ianya juga penting sebagai wadah kepada penyaluran maklumat dan amanat yang hendak disampaikan. Selain itu, program ini mementingkan penekanan terhadap disiplin kendiri meliputi kaedah berkomunikasi di antara pelajar dan pensyarah agar mereka sentiasa menjaga tatasusila dan etika keguruan.

Timbalan Dekan (HEPA) FPTV, Dr. Jamil Abd Baser telah menyampaikan beberapa amanat sebagai panduan dan peringatan dalam program tersebut. Antaranya beliau mengingatkan mahasiswa yang hadir agar menjaga etika berpakaian sebagai mahasiswa dan lebih utama lagi sebagai seorang guru.

Mereka diingatkan supaya sentiasa menjaga disiplin dari segi pakaian, rupa diri dan penampilan agar ianya sentiasa menunjukkan imej sebagai seorang guru yang berketerampilan dan menjadi contoh kepada anak didik mereka kelak.

Di samping itu juga, Dr. Jamil turut mengingatkan pelajar agar mereka berkomunikasi dengan pensyarah dan kakitangan universiti dengan cara yang lebih berhemah. Menurutnya, penggunaan bahasa dan tutur kata yang sopan amat penting bagi menjaga keharmonian antara kedua-dua pihak tidak kira komunikasi secara lisan ataupun bukan lisan.

Manakala dari segi akademik pula, mahasiswa diingatkan supaya memastikan agar mereka dapat mencapai sekurang–kurangnya Band 3 dalam peperiksaan MUET sebelum mereka bergraduat. Sejarah sebelum ini menunjukkan FPTV mempunyai rekod pencapaian akademik yang cemerlang dalam menghasilkan graduan kelas pertama. Justeru itu, pencapaian ini perlu dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.

Dr. Jamil juga mengingatkan agar semua mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dirancang sama ada di peringkat fakulti mahupun universiti. Bukan itu sahaja, setiap mahasiswa diharapkan dapat mencipta satu karakter tersendiri yang bercirikan  kecemerlangan dalam profesion perguruan memandangkan bidang tugas mereka semakin mencabar mengikut peredaran masa.


 
Last Updated ( Rabu, 01 Mac 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.