Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Profesor Dr. Wahid Razzaly dilantik sebagai Naib Canselor UTHM
Profesor Dr. Wahid Razzaly dilantik sebagai Naib Canselor UTHM Print E-mail
Hear this article

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Dr. Wahid Razzaly telah dilantik sebagai Naib Canselor UTHM bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa 3 Mac 2017 hingga 2 Mac 2020.

Pelantikan telah dibuat oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Dato' Seri Idris Jusoh setelah mendapat perkenan Canselor Universiti, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Pelantikan ini juga selaras dengan Seksyen 12(1) Perlembagaan Universiti.

Jawatan Naib Canselor UTHM sebelum ini disandang oleh Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin yang telah tamat tempoh pelantikannya pada 15 Oktober 2016 yang lalu.

Dikeluarkan oleh:

Timbalan Pendaftar, Pejabat Naib Canselor

3 Mac 2017

#SoaringUpwards #UTHMJohor #TechnicallyAboveTheRest

 

 

Last Updated ( Jumaat, 03 Mac 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.