Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Kumpulan Muzik UTHM juarai Pertandingan Music Festival And Busking Challenge Peringkat Makum 2017
Kumpulan Muzik UTHM juarai Pertandingan Music Festival And Busking Challenge Peringkat Makum 2017 Print E-mail
Hear this article
Kubang Kerian - Unit Kebudayaan dan Persembahan Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjuarai pertandingan Music Festival And Busking Challenge peringkat Majlis Kebudayaan Universiti Awam Malaysia (MAKUM) bertempat di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian pada 2 hingga 4 Mac baru-baru ini. 

Kumpulan Rytma Melody Sembreng Buskers UTHM yang dianggotai oleh seramai enam orang pelajar di bawah bimbingan Artis Budaya Seni Muzik, En. Mohd Nazri Mohd Nawi telah merangkul Johan dan Persembahan Terbaik di dalam pertandingan tersebut dengan membawa pulang piala serta wang tunai berjumlah RM1000. 

Kumpulan busking UTHM telah menyampaikan dua buah lagu bertajuk “Derita” yang dipopularkan Kumpulan Okid serta lagu ciptaan sendiri pelajar Isma Haziq Ishak bertajuk “Ilham ku Dalam Lagu.”

   Berikut adalah pelajar yang terlibat menyertai Musical Festival and Busking Challenge MAKUM 2017
1. Ahmad Fikri bin Mohamed (Pemain Gitar)                    
2. Isma Haziq bin Ishak (Penyanyi Utama) 
3. Ahmad Zaid Taqiuddin bin Lukman (Pemain Kajon)  
4. Mohd  Alif bin Suparman (Pemain Bass)
5. Mohd Ikhwan Shafiq bin Mohd. Razali (Pemain Gitar)
6. Che Muhammad Farid bin Che Lah (Teknikal/Video)

Last Updated ( Isnin, 13 Mac 2017 )
 
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.