Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow UTHM bakal anjur Pertandingan Debat Varsiti Antarabangsa Bahasa Cina
UTHM bakal anjur Pertandingan Debat Varsiti Antarabangsa Bahasa Cina Print E-mail
Hear this article
Kluang – Sejumlah 24 pasukan universiti daripada enam negara telah mengesahkan tempat ke Pertandingan Debat Varsiti Antarabangsa Bahasa Cina UTHM Ke-5. 

Majlis pelancaran pertandingan dwi tahunan ini telah disempurnakan oleh Datuk Tee Siew Kiong, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor di Kluang Mall pada 11 Mac baru-baru ini. Beliau juga telah mengumumkan akan menyumbang wang bernilai 10 ribu bagi menanggung sebahagian kos penganjuran pertandingan. Turut hadir Dr. Jamil Abd Baser selaku wakil rasmi Timbalan Naib Canselor (HEPA).

Menurut pengarah pertandingan Saudari Lim Mei Yi, beliau menyaksikan peningkatan bilangan pasukan yang mengesahkan penyertaan kali ini berbanding dengan yang lepas iaitu daripada 16 pasukan universiti dari tiga negara pada tahun 2015 kepada 24 pasukan universiti daripada enam negara tahun 2017. Pengesahan penyertaan diterima daripada 14 pasukan daripada Malaysia manakala 10 pasukan daripada luar negara iaitu Singapura, China, Macau, Taiwan dan Australia.

Pertandingan yang dianjurkan  oleh Sekretariat Debat (Bahasa Cina) Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM dengan kerjasama Sekretariat Perpaduan Biro Kebudayaan Tiong Hua UTHM akan bermula pada 3 hingga 9 April ini diharapkan dapat menyumbang kepada hubungan baik antara universiti yang bertanding sama ada dalam bidang akademik ataupun pembangunan insaniah.
 


Last Updated ( Ahad, 26 Mac 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.