Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Program ‘Don't Sell Yourself Short’ bantu bangun ekonomi peniaga mikro
Program ‘Don't Sell Yourself Short’ bantu bangun ekonomi peniaga mikro Print E-mail
Hear this article
Batu Pahat : Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat (PHUM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program Don't Sell Yourself Short yang berlangsung selama dua hari pada 8 dan 9 Mac lalu bertempat di Bilik Seminar 1, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan.
 
Program tersebut dianjurkan sebagai salah satu usaha PHUM untuk menjadi platform bagi membantu membangunkan ekonomi peniaga mikro dan komuniti sekitar dengan mengadakan program yang berbentuk perkongsian maklumat dan juga memperkukuhkan jaringan khidmat masyarakat bersama komuniti setempat.
 
Program itu telah dihadiri seramai 33 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bidang akademik dan pekerjaan. Antara yang hadir adalah jutawan tempatan, usahawan berjaya,  profesor, pensyarah,  penyelidik, pengusaha tadika dan pusat jagaan kanak-kanak, pengusaha produk kesihatan, peniaga mikro dan pelajar daripada UTHM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Komuniti Selayang.
 
Pengisian program tersebut menekankan kepentingan penjenamaan diri sendiri berdasarkan kepada kepakaran dan kebitaraan seseorang individu. Program ini mensasarkan peserta yang terdiri daripada peniaga mikro, usahawan tempatan, penyelidik, pensyarah dan pelajar yang ingin menukarkan kepakaran mereka kepada penjanaan pendapatan secara separuh masa atau sepenuh masa.
 
Selain itu peserta juga berpeluang untuk membina jaringan komunikasi dan perniagaan dengan lebih meluas. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ketika program berlangsung ialah, mengenali potensi diri, mengenal pasti potensi pesaing, panduan peletakan penjenamaan kendiri dan penetapan strategi penjenamaan kendiri. Di akhir program, peserta memberi maklumbalas yang membina dan sangat positif mengenai pengisian program tersebut serta mengharapkan program yang sama dianjurkan pada masa akan datang.
 
Turut diadakan  acara cabutan bertuah dan Mini Food Valley  yang ditaja dan mendapat kerjasama sepenuhnya oleh Mobile Fiesta Management.
 
Acara penutup dan penyampaian cenderamata serta sijil penghargaan kepada peserta telah disempurnakan oleh Pengarah PHUM, Encik Abdul Hamid Yusof.
 
PHUM akan terus menawarkan program-program berbentuk peningkatan kerjaya dan kendiri pada masa akan datang sebagai usaha memperkukuhkan jaringan khidmat masyarakat seiring dengan keperluan dan falsafah NBOS dan memenuhi inisiatif UCTC.
 
 
Last Updated ( Khamis, 16 Mac 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.