Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow WARAS anjur Bengkel Radio Amatur – persediaan staf hadapi peperiksaan
WARAS anjur Bengkel Radio Amatur – persediaan staf hadapi peperiksaan Print E-mail
Hear this article
Pusat Wayarles dan Sains Radio (WARAS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan bengkel persediaan peperiksaan radio amatur pada 19 Mac 2017 lalu. Tujuan bengkel ini diadakan ialah sebagai persediaan kepada staf sebelum mengambil peperiksaan radio amatur. Staf yang terpilih menghadiri bengkel ini dapat mengambil peluang sepenuhnya untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang radio amatur seterusnya lulus peperiksaan yang akan diambil nanti dan memiliki lesen pengendali radio amatur kelas B.
 
Untuk permulaan, peserta bengkel didedahkan kepada pengetahuan berkenaan radio amatur dari sudut teknikal dan prosedur operasi piawai. Radio amatur, yang juga di kenali sebagai ham radio, merupakan satu hobi dalam membina, mereka bentuk dan berkomunikasi menggunakan peralatan radio di Malaysia yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
 
Perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh pengendali radio amatur ialah seperti berkomunikasi di seluruh dunia dan di kawasan persekitaran serta memberi bantuan komunikasi ketika berlaku kecemasan seperti gempa bumi, tanah runtuh dan banjir. Penceramah bengkel telah dijemput khas daripada Jalur Selatan Radio Amatur Johor (JASRA) yang merupakan persatuan radio amatur berpusat di Johor Bahru. Mereka terdiri daripada Encik Baidari Yacob, Encik Ibrahim Yusof dan dibantu oleh Encik Mohd Ali  Ahmad.
 
Di samping itu, JASRA yang telah mengadakan lawatan ke WARAS pada 22 Januari lalu menyatakan bahawa peralatan radio amatur di WARAS adalah yang terbaik di universiti awam Malaysia seperti sistem HF yang terdiri daripada transceiver dan antena HF yang boleh diputarkan, di samping peralatan sistem VHF. Selain itu, bengkel ini merupakan satu platform untuk mengeratkan kerjasama di antara WARAS dan JASRA supaya dapat berkongsi kepakaran dalam aspek perkembangan ilmu, pengajaran dan penyelidikan dalam bidang radio amatur dan seterusnya memperkenalkan nama UTHM dan juga FKEE di peringkat antarabangsa.
 
 
Last Updated ( Selasa, 28 Mac 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.