Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow FPTP raih Naib Johan dalam pertandingan “Youth Business Challenge” 2017
FPTP raih Naib Johan dalam pertandingan “Youth Business Challenge” 2017 Print E-mail
Hear this article
Berkat usaha dan kesungguhan yang di pamerkan oleh para peserta dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) membuahkan hasil apabila mereka berjaya merangkul gelaran Naib Johan, tempat ke-4 dan ke-10 daripada 21 pasukan yang bertanding dalam Pertandingan Youth Business Challenge (YBC) anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diadakan pada 11 dan 12 Mac 2017 lalu.

Penyertaan pertandingan bertemakan perniagaan yang disertai tiga kumpulan yang terdiri daripada 15 orang pelajar ini merupakan percubaan kali pertama bagi FPTP. Dua kumpualan dari UTHM telah berjaya merangkul lima kumpulan terbaik iaitu kumpulan Youtra (dari kelab Realtors) telah memenangi tempat ke-4 dalam pertandingan tersebut manakala kumpulan Avant Grande telah merangkul sebagai Naib Johan pertandingan tersebut yang diwakili oleh pelajar kelab Tecnology Management Business (TMB). Mereka telah menerima hadiah wang tunai bernilai RM700 beserta sijil, trofi dan hamper sebagai hadiah kemenangan.

Kesemua pelajar yang terlibat merasa amat berbangga kerana diberi peluang dan kepercayaan untuk mewakili UTHM bertanding di peringkat kebangsaan. Mereka juga amat gembira kerana dapat bersama-sama menjayakan program tersebut dan membawa nama UTHM dan FPTP ke tahap yang lebih membanggakan dan setanding dengan universiti terkemuka yang lain.

Rahsia kejayaan kumpulan Avant Grande yangi telah merangkul Naib Juara daripada 21 kumpulan yang bertanding adalah untuk sentiasa percaya dengan kebolehan diri sendiri dan sentiasa bekerjasama dalam satu kumpulan walaupun berbeza umur,jurusan dan pengalaman. Selain itu juga, pengurusan masa amat penting bagi sesuatu penjualan itu. Ini kerana masa adalah penentu segalanya dan sikap bersama-sama di saat-saat  susah dan senang antara peserta.

Penyertaan sulung ini merupakan sebagai langkah pertama dan juga platfom terbaik dalam mencungkil bakat-bakat pelajar dalam berkongsi kualiti, kreativiti dan daya inovasi yang tinggi dalam kalangan mahasiswa universiti.

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.