Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow FKMP Juara Sukan Antara Fakulti (SAF) UTHM Tahun 2017
FKMP Juara Sukan Antara Fakulti (SAF) UTHM Tahun 2017 Print E-mail
Hear this article
Sukan Antara Fakulti (SAF) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) tahun 2017 anjuran Pusat Sukan dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) telah berlangsung pada 9 Mac hingga 18 Mac lalu. 

Sebanyak 10 acara sukan telah dipertandingkan seperti Larian SAF, Futsal (L&W), Bola Tampar (L&W), Indoor Rowing, Bola Sepak 7’s, Bola Jaring, Olahraga dan Perbarisan dan melibatkan seramai 1000 orang peserta dan pegawai warga universiti.

SAF UTHM 2017 telah melabuh tirainya dengan menobatkan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) sebagai Johan kerana berjaya merangkul enam Emas, tiga Perak dan dua Gangsa. Ini dibuktikan dengan kejayaan fakulti ini menguasai acara balapan seperti 4 x 400 Meter (L),400 Meter (L), 1500 Meter (L), Lontar Peluru (L) dan Lempar Cakera (L) dengan membolot lima pingat emas daripada 14 pingat emas yang dipertandingkan.

Di tempat kedua, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) pula mengikuti rapat dengan memperolehi lima Emas, tujuh Perak dan empat Gangsa. Manakala di tempat Ketiga Keseluruhan pula diraih oleh Pusat Pengajian Diploma (PPD) dengan pungutan pingat sebanyak tiga Emas, lima Perak dan tujuh Gangsa.

Sukan yang bakal menjadi acara tahunan ini telah disertai oleh sembilan fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS), Fakulti Pengurusan, Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan (FSTPI) dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM).

Syabas dan tahniah diucapkan!!

Last Updated ( Selasa, 28 Mac 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.