Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Teater 4 Paradigma gegar Perkampungan Budaya UMK, Bachok
Teater 4 Paradigma gegar Perkampungan Budaya UMK, Bachok Print E-mail
Hear this article
Unit Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (UKKWA) Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia  (UTHM) bersama Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menganjurkan Persembahan Teater dan Puisi melibatkan empat universiti pada 17 hingga 19 Mac lalu.

UKKWA Pejabat Hal Ehwal Pelajar mengambil pendekatan SENI PERSEMBAHAN TRI-V iaitu Visual, Verbal dan Vokal “Takkan Hilang” dan “Aku Lawan Aku” sebuah gagasan teori persembahan puisi oleh Pemenang Anugerah Penulisan Tertinggi Asia Tenggara, Abdul Ghafar Ibrahim (AGI) yang telah diadakan di Rumah Teniat Dua, Perkampungan Budaya Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Bachok.

Persembahan Teater dan Puisi yang melibatkan Universiti Malaysia Kelantan diketuai oleh Timbalan Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UMK Bachok, Profesor Madya Dr. Andika Aziz Hussin dengan membawa Teater “Orang Kasar,” manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Encik Diani Kesian, Pegawai Kebudayaan UKM dengan membawa Teater “Bila Bulan Selalu Retak”, gagasan Karya A. Samad Said Sasterawan Negara dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pula Encik Shahrulfadhli Yahaya, Pegawai Kebudayaan UTeM dengan membawa Teater “Rebah di Kaki Firdaus”.  Turut bersama dalam persembahan tersebut ialah Pemuisi Jemputan Encik Khairul Anuar, Pegawai dari Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.

Sementara itu, pada 18 Mac lalu Kumpulan Laskar Pena UTHM, UKKWA yang diketuai oleh Luqman Hakim Shahril Azhar, Nik Muhammad Syazwan Mohd Razali, Muhammad Hasraf Saadon iaitu pelajar Tahun akhir Pusat Pengajian Diploma turut mengadakan persembahan teater yang dihadapan 500 penonton. Persembahan teater ini dan dipimpin dan dipersembahkan oleh Muhammad Shahrin Haron, Pegawai Kebudayaan UTHM.

Pegawai Kebudayaan UTHM juga turut menyampaikan Bengkel Asas Deklamasi Puisi kepada 150 orang Peserta yang terdiri daripada Pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UMK sebagai langkah strategi NBOS.

Teater empat Paradigma ini akan diteruskan dengan bergerak ke UKM, UTeM dan UTHM sepanjang 2017.  UTHM akan terus mengimbangi Seni Budaya Kreatif dengan pembangunan Teknologi Kejuruteraan dan Teknikal melalui  pembangunan Insaniah Pelajar.
 
 
Last Updated ( Selasa, 28 Mac 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.