Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Pelajar FPTV ceburi bidang keusahawanan - tawar perkhidmatan makanan
Pelajar FPTV ceburi bidang keusahawanan - tawar perkhidmatan makanan Print E-mail
Hear this article
Pelajar Program Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan kepujian, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengendalikan satu projek kreatif iaitu “LET’S TAPAU, LUNCH DELIVERY AND TAKEAWAY” bagi membolehkan orang ramai di sekitar Parit Raja,Batu Pahat menempah makanan tengahari dengan harga yang berpatutan.

Perkhidmatan yang diuruskan oleh pelajar semester akhir program katering ini bersedia menerima tempahan, menyediakan makanan yang seimbang, membungkus dengan pakej yang menarik dan menghantarkan ke pintu rumah atau pejabat pelanggan mengikut masa yang ditetapkan dan secara percuma.

Program Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) ini melatih pelajar  untuk menjadi instruktor dalam bidang kulinari, bakeri dan perkhidmatan makanan. Selain daripada itu, mereka digalakkan untuk menceburi dalam bidang keusahawanan perkhidmatan makanan dan menjadi seorang penyediaan dan penyajian makanan yang kompeten.

Projek katering merupakan satu subjek yang wajib dikendalikan oleh setiap pelajar. Dengan mengendalikan satu projek yang kreatif dan berinovatif memerlukan mereka menggunakan kompetensi generik yang pelbagai seperti kerja berkumpulan, penyelesaian masalah secara kritik, pengurusan, kepimpinan dan kompetensi bidang.

Perkhidmatan ini telah bermula pada awal Mac 2017 dan akan berterusan setiap minggu, melibatkan hari Isnin dan Selasa dan akan berakhir pada hujung semester II 2016/2017. Pelbagai menu istimewa  disediakan setiap minggu,justeru itu sesiapa yang berminat dengan perkhidmatan ini bolehlah berhubung dengan pelajar berikut:

                Padret : 0109403075
                Ina:        0177575835
                Anis:      0149000902
                Anna:    0143542418
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.