Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Kumpulan Duta Jauhar 3.0 UTHM cemerlang di Majlis Anugerah Kongres Duta Jauhar, Johor
Kumpulan Duta Jauhar 3.0 UTHM cemerlang di Majlis Anugerah Kongres Duta Jauhar, Johor Print E-mail
Hear this article

Johor Bahru – Kumpulan Duta Jauhar 3.0 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah merangkul Anugerah Emas dalam Majlis Anugerah Kongres Duta Jauhar anjuran Kerajaan Negeri Johor yang diadakan di Universiti Kuala Lumpur MITEC, Pasir Gudang Johor pada 26 Mac lalu.

Kumpulan Duta Jauhar 3.0 UTHM  yang dianggotai oleh seramai 15 orang pelajar di bawah selian Dr. Khairol Anuar Kamri turut membawa pulang piala dan sijil serta wang tunai berjumlah RM1000.

UTHM memperoleh kemenangan berganda apabila berjaya membawa pulang dua lagi anugerah melalui Dr. Khairol Anuar Kamri yang menerima “Anugerah Penyelia terbaik” dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Asri Selamat yang menerima “Anugerah Komitmen Universiti Terbaik.”

Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Datuk Hj. Ayub bin Rahmat yang mewakili Menteri Besar Johor.

Projek ‘Mentransformasi Ekonomi Belia-Tanaman Cili Fertigasi’ telah membawa kejayaan besar kepada kumpulan ini yang mana pelaksanaannya menggunakan pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS).

Kumpulan Duta Jauhar 3.0 UTHM bersaing dengan 28 kumpulan daripada 21 universiti dan kolej di seluruh negara yang terlibat melaksanakan projek berimpak tinggi di setiap daerah negeri Johor.

Berikut adalah ahli kumpulan Duta Jauhar 3.0 UTHM yang terlibat

    Ammar Arifin bin Mohd Farid (Pengerusi)
    Noratiqah binti Norazhar (Timbalan Pengerusi)
    Mohd Hafis bin Abdul Wahab (Setiausaha)
    Siti Norfarahin binti Miskam (Timbalan Setiausaha)
    Nur Izzatul Aisyah binti Badrulzaman (Bendahari)
    Ellynorfazila binti Muhajir (Exco Logistik)
    Siti Nurfazira binti Yaakob (Exco Protokol)
    Nur Liyana Adira binti Shafee (Exco Multimedia)
    Nurul Sabrina binti Md Riza (Exco Kebajikan)
    Luqmannul Hakim bn Mohamad (Exco Perhubungan)
    Nurul Shazwani Ivan Meswani (Exco Perhubungan)
    Fattnin binti Md Norman (Exco Penajaan)
    Sarah Nur Nadia binti Abdul rani (Exco Penajaan)
    Siti Nurnadia binti Md Diah (Exco Aktiviti)
    Nurfazlin binti Shafie (Exco Aktiviti)

 

Last Updated ( Rabu, 29 Mac 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.