Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Sarjana Sains Pengurusan Teknologi Pembinaan dapat Perakuan Akreditasi Penuh Oleh MQA
Sarjana Sains Pengurusan Teknologi Pembinaan dapat Perakuan Akreditasi Penuh Oleh MQA Print E-mail
Hear this article
Fakulti Pengurusan Teknologi & Perniagaan (FPTP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sekali lagi mencatat rekod apabila menerima Perakuan Akreditasi Penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency,MQA) bagi Program Sarjana Sains Pengurusan Teknologi Pembinaan (Secara Kerja Kursus) (MPC).

Perakuan akreditasi ini adalah penting agar program yang dilaksanakan telah mencapai standard jaminan kualiti yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan mematuhi kerangka kelayakan Malaysia.

Program Sarjana Sains Pengurusan Teknologi (Secara Kerja Kursus) adalah program peringkat pasca siswazah yang ditawarkan di Jabatan Pengurusan Pembinaan (JPP), Fakulti Pengurusan Teknologi Pembinaan.

Tempoh pengajian bagi program ini adalah selama satu tahun dan mempunyai tiga semester keseluruhan iaitu dua semester lazim dan satu semester pendek dengan kredit keseluruhan iaitu 42 kredit.

Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan didedahkan kepada bidang pengurusan pembinaan dan lebih spesifik kepada pengurusan teknologi dalam pembinaan yang mana para pelajar akan didedahkan dengan penggunaan teknologi dan teknologi terkini yang digunakan dalam aktiviti pengurusan pembinaan.

Sasaran pelajar adalah terdiri daripada calon-calon yang mempunyai latar belakang dalam bidang alam bina seperti pengurusan pembinaan, pengurusan projek pembinaan, kejuruteraan awam, jurukur bahan, ukur tanah, arkitek, landskap, pengurusan harta tanah, perancangan bandar, pembangunan tanah dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengan industri pembinaan.

Untuk rekod, program ini telah mula ditawarkan pada Semester I Sesi 2012/2013 dengan pelajar yang mengikuti program ini terdiri daripada pelbagai negara seperti Indonesia, Nigeria, Libya, Yamen, Algeria, Pakistan dan pelajar tempatan.

Program ini juga telah dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pengajar daripada Jabatan Pengurusan Pembinaan (JPP), Fakulti Pengurusan Teknologi & Perniagaan yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam mengendalikan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

UTHM amnya mengharapkan perakuan akreditasi penuh yang diperolehi daripada MQA ini akan menjadikan program MPC ini lebih berdaya saing di peringkat nasional dan juga antarabangsa.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.