Laman Utama arrow Info Korporat arrow Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan Cetak Emel

Piagam Pelanggan ini adalah janji kami untuk menawarkan perkhidmatan berkualiti dan menetapkan apa yang anda jangka boleh kami tawarkan. Sila hubungi kami, jika perkhidmatan yang diberikan tidak memenuhi jangkaan anda. Kami akan: 

  1. Menawarkan perkhidmatan akademik yang mantap dan berkualiti.
  2. Menyedia dan melaksanakan program akademik yang menyeluruh dan memenuhi kehendak pelanggan.
  3. Berusaha melahirkan graduan yang tinggi pencapaian akademik, berilmu, profesional, kompeten, bersahsiah mulia dan berdaya saing di arena global.
  4. Berusaha menghasilkan graduan yang kreatif, berbudaya penyelidikan dan menghayati pendidikan berterusan.
  5. Menyediakan program pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti dan relevan pada kos yang berpatutan. 
  6. Menggalak dan melaksanakan aktiviti penyelidikan, penerbitan dan perundingan bertaraf global.
  7. Menawarkan pelbagai perkhidmatan dengan cekap, berkesan, mesra pelanggan secara berterusan.
  8. Menyediakan kemudahan akademik dan persekitaran universiti yang kondusif dan selamat bagi pengajaran dan pembelajaran dan semua aktiviti universiti.
  9. Menyediakan jalinan kerjasama bestari dengan industri dan agensi luar melalui penyelidikan dan perundingan.
  10. Menyediakan peluang-peluang peningkatan potensi diri dan kerjaya ke tahap yang lebih tinggi melalui pengajian lanjutan (kursus, latihan, sangkutan industri dan program pertukaran staf) dan penyelidikan serta perundingan.
  11. Memastikan pengurusan organisasi yang telus, adil dan mesra.
  12. Menyediakan perkhidmatan sistem maklumat yang cekap, menyeluruh, mantap, dan terkini. 
  13. Memastikan belanjawan universiti dirancang dan digunakan secara optimum.

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 28 Januari 2008 )
 
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2008. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.