Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Eksplorasi Pelajar FSTPi ke Sabah – pelajari Sistem Pengurusan Biodiversiti dan Sumber Semulajadi
Eksplorasi Pelajar FSTPi ke Sabah – pelajari Sistem Pengurusan Biodiversiti dan Sumber Semulajadi Print E-mail
Hear this article
Seramai 24 orang pelajar daripada Program Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan, Jabatan Teknologi Warisan, Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan program Eksplorasi Pelajar FSTPi ke Negeri di Bawah Bayu, Sabah yang berlangsung pada 30 Mac hingga 6 April lalu.

Program knowledge transfer ini memberi fokus kepada pendedahan kepada para pelajar mengenai sistem pengurusan biodiversiti dan sumber semulajadi yang terdapat di Sabah. Pelajar akan melihat dari segi pengurusan teresterial dan marin, tapak- tapak warisan dunia seperti Gunung Kinabalu dan Banjaran Crocker, serta pengurusan pelancongan berasaskan organisma dan ekologi semulajadi. Selain daripada pengurusan biodiversiti, aktiviti-aktiviti seperti khidmat masyarakat dan interaksi bersama agensi-agensi kerajaan akan dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pemindahan pengetahuan kepada masyarakat setempat.

Aktiviti difokuskan kepada memindahkan ilmu pengetahuan, mempromosikan program Biodiversiti dan Pemuliharaan UTHM, dan membuat kerjasama bersama agensi-agensi yang menguruskan biodiversiti di Sabah. Di samping itu juga program ini memberi latihan kepada para pelajar program ijazah sarjana muda dengan kepujian Biodiversiti dan Pemuliharaan di FSTPi dalam penganjuran aktiviti di kampus dengan mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari.

Pensyarah merangkap Penasihat program iaitu Ketua Jabatan Teknologi dan Warisan, Profesor Madya Dr. Alona C. Linatoc bertanggungjawab dalam mentadbir urus segala keperluan progam ini di sana. Program dijalankan dengan sesi taklimat tentang kepentingan alam sekitar oleh Profesor Datin Dr. Maryati Mohamed dan dibahagikan dalam beberapa kumpulan bagi menjalankan tugas masing–masing.

Dekan FSTPi, Profesor Madya Dr. Mohd Kamarulzaki Mustapa dan mantan Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin turut menyertai program yang berlangsung selama enam hari ini.

 
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.