Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow UTHM sebar ilmu agama - jalin ukhuwah dengan masjid dan surau
UTHM sebar ilmu agama - jalin ukhuwah dengan masjid dan surau Print E-mail
Hear this article
Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Pusat Islam, Masjid Sultan Ibrahim dan Perpustakaan Tunku Tun Aminah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama Jawatankuasa Masjid Seri Utama, Kampung Sungai Nibong Semerah Batu Pahat telah menganjurkan program ‘Jalinan Ukhuwah Masjid & Surau’ (JUMS) 2017 pada 21 dan 22 April baru-baru ini.
 
Objektif penganjuran program ini adalah memberi kefahaman dan pendedahan terhadap ilmu Seni Taranum, Bacaan Bertajwid, Pengurusan Jenazah Islam, Kaedah Penyembelihan Dalam Islam, Kekeluargaan Islam dan Kemahiran Capaian Maklumat Bersama Masyarakat Setempat sekali gus mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Sungai Nibong Semerah bersama mahasiswa UTHM.
 
Program yang dijalankan di Masjid Seri Utama ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari jawatankuasa Masjid Seri Utama dan penduduk setempat. Kira-kira 400 orang penduduk setempat termasuk pelajar sekolah dan belia telah menyertai program kerjasama ini manakala 200 orang peserta dari pelbagai kursus juga turut serta bagi menjayakan program ini.
 
Program yang bermula seawal 8.30 pagi itu dimulakan dengan pelepasan konvoi bermotor yang melibatkan 50 unit motosikal dan 30 buah kereta oleh Ketua Pusat Islam, Ustaz Mohd Lotfi Solihan bertempat di dataran Dewan Terbuka UTHM.
 
Menariknya program Jalinan Ukhuwah Masjid & Surau ini dilaksanakan mengikut kursus kokurikulum masing-masing iaitu Kursus Taranum (UQB 10801), Kursus Imam dan Muazzin (UQL 10301), Kursus Pengurusan Jenazah ( UQD 10501), Kursus Kemahiran Al-Quran (UQD 10701), Kursus Sembelihan Dalam Islam (UQD 10401), Kursus Perkahwinan Dalam Islam (UQL 10201), Kursus Kemahiran Capaian Maklumat (UQA 10901) dengan penganjuran program iaitu Jom Sembelih! (UQD 10401), Al-Quran Inspirasiku (UQD 10701), Yok Bertaranum (UQB 10801), Sempurnakan Jenazahku (UQD 10501), Kursus Transformasi Imam dan Bilal (UQL 10301), Kursus Pengurusan Implementasi Data (UQA 10901) dan Indahnya Poligami : Single Vs Madu (UQL 10201). Hasil kolaborasi ini, program ini secara tidak langsung menjadi satu program ilmu yang berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat di mukim terbabit.
 
Manakala pada petang Jumaat, 21 April 2017 pula diadakan ‘Rewang Perdana’ yang melibatkan penduduk setempat dan pelajar sekolah sebagai salah satu pengisian University Community Engagement (UCE) kepada mahasiswa. Program ini turut diselitkan dengan forum ‘Bicara Ummah’ di sebelah malam diikuti pengisian qiamullail, solat subuh berjemaah dan tazkirah subuh oleh Pegawai Pusat Islam.
 
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Abdul Wahab A. Rahim, Penghulu Mukim 1 Lubok Semerah, dan turut dihadiri oleh Ketua Kampung Sungai Nibong, Tuan Haji Misnon Seri dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Seri Utama, Encik Nordin Roslan.
 
 
Last Updated ( Ahad, 30 April 2017 )
 
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.