Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Kejohanan Balapan dan Padang FPTV pupuk semangat kesukanan - asah bakat atlet
Kejohanan Balapan dan Padang FPTV pupuk semangat kesukanan - asah bakat atlet Print E-mail
Hear this article
Bagi memupuk semangat kesukanan, pelajar-pelajar dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang mengambil Kursus Pengurusan Kokurikulum telah menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang FPTV kali kedua tahun 2017 pada 22 April lalu di Stadium UTHM.

Matlamat Kejohanan ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada bakal-bakal guru dalam menguruskan aktiviti Kejohanan Balapan dan Padang di sekolah kelak, di samping memberi persediaan awal ke alam pekerjaan perguruan sebenar nanti. Selain itu, menerusi aktiviti Kejohanan Balapan dan Padang ini juga dapat mencungkil bakat-bakat atlet yang bakal mewakili fakulti dalam kejohanan sukan di universiti. Kejohanan ini turut dibantu oleh sukarelawan dan juga pelajar-pelajar Sarjana.

Kejohanan yang telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Ahmad Esa ini melibatkan enam buah Rumah Sukan berentap untuk memperolehi tempat pertama dalam kejohanan tersebut. Enam Rumah Sukan terbabit mewakili setiap program yang terdapat di FPTV iaitu Binaan Bangunan, Katering, Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Elektrik dan Elektronik, Multimedia Kreatif, Kimpalan dan Fabrikasi, serta Pemesinan Am. Antara acara yang dipertandingkan ialah larian 100 Meter, 200 Meter, 400 Meter, 4x100 Meter, 4x400 Meter, Lompat Jauh, Lompat Tinggi, dan Lontar Peluru serta jemputan antara Fakulti.

Majlis penutup pula menyaksikan berlangsungnya upacara perbarisan kontinjen yang diwakili setiap rumah sukan. Seterusnya,kedudukan pingat keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang FPTV kali ke-2 telah dimenangi oleh gabungan program Kimpalan dan Fabrikasi, serta Pemesinan Am dengan pingat berjumlah lima emas, empat perak dan dua gangsa. Sebelum ini Kejohanan Balapan dan Padang FPTV kali pertama telah diungguli oleh Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE). Ini jelas menunjukkan bahawa setiap wakil rumah sukan berusaha untuk menjuarai Kejohanan dengan memecahkan rekod kejohanan mereka. Justeru, kejohanan ini menjadi satu program yang ditunggu-tunggu oleh para atlet untuk mengasah bakat mereka.
 
 
Last Updated ( Rabu, 03 Mei 2017 )
 
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.