Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Hari Inovasi FPTV 2017 - pupuk semangat budaya inovasi dan kreativiti
Hari Inovasi FPTV 2017 - pupuk semangat budaya inovasi dan kreativiti Print E-mail
Hear this article
BATU PAHAT – Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama-sama Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat telah berjaya menganjurkan program “ Hari Inovasi FPTV 2017” pada 09 Mei ( Selasa ) baru- baru ini di Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM.

Penganjuran program ini bertujuan untuk menampilkan hasil inovasi dan penyelidikan yang dijalankan oleh pelajar di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut bidang dan kepakaran masing-masing. Selain bertujuan meneruskan dan memupuk budaya amalan inovasi, ianya juga bermatlamat untuk menjayakan sasaran aktiviti yang telah ditetapkan di peringkat fakulti .

Hari inovasi ini berlangsung bermula dari seawal 7.30 pagi sehingga 2 petang yang melibatkan semua pelajar FPTV yang mengambil subjek Reka Bentuk Industri ( RBI ) dan pelajar dari program Katering. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa program ini berlangsung iaitu pameran projek RBI daripada pelajar RBI, pameran projek PSM oleh pensyarah FPTV dan pameran serta jualan makanan oleh pelajar Katering.

Hari Inovasi FPTV 2017 telah disempurnakan oleh Dekan FPTV, Profesor Dr. Ahmad Esa yang turut dihadiri Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat, En. Mohd Nawawi Suib bersama penceramah jemputan Encik Hj. Abdul Rahim Hj. Md Tahir. Hadir sama, Profesor Madya Dr. Badaruddin Ibrahim, Dr. Faizal Amin Nur Yunus dan Encik Mohd Fairuz Marian selaku penyelaras Hari Inovasi FPTV 2017, pensyarah-pensyarah serta staf-staf yang terlibat secara langung dan tidak langsung. Hasil reka bentuk juga mendapat penglibatan bersama industri kecil sederhana (IKS) sekitar Batu Pahat. Hari inovasi ini turut diserikan lagi dengan upacara penyerahan hasil kerja pelajar dari Program Binaan Bangunan dan pemberian penghargaan kepada wakil guru sekolah dan IKS yang terlibat.

Selain itu, pengisian program juga dimeriahkan dengan pertandingan “Let Build The Bridge” yang melibatkan lima buah sekolah menengah sekitar UTHM seperti SMK Tun Ismail, SMK Senggarang, SMK Seri Gading, SMK Tun Sardon dan SMK Dato Menteri. Pertandingan ini memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah menengah untuk menampilkan idea dan kreativiti masing-masing dalam reka bentuk tersebut. Secara keseluruhannya menerusi program yang dianjurkan oleh FPTV yang secara tidak langsung dapat melahirkan bakal guru yang berpengetahuan, berkemahiran teknik dan vokasional serta mempunyai pengetahuan yang kreatif serta berinovatif yang tinggi .
 
 
 
Last Updated ( Isnin, 22 Mei 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.