Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow FSTPi anjur STEM Road Tour – bantu realisasi hasrat kerajaan
FSTPi anjur STEM Road Tour – bantu realisasi hasrat kerajaan Print E-mail
Hear this article
Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan (FSTPi) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kluang telah menganjurkan program “Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) Road Tour Kluang” yang melibatkan penyertaan 28 sekolah menengah di sekitar daerah Kluang pada 11 Mei lalu bertempat di Sekolah Menengah Sultan Abdul Jalil.
 
Untuk rekod, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan sasaran nisbah 60:40 pengambilan pelajar aliran kemanusiaan dan sosial untuk meningkatkan penyertaan pelajar dalam aliran sains dan teknologi. Pengambilan mengikut nisbah ini tidak terhad di peringkat sekolah sahaja tetapi di peringkat universiti juga.
 
Bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadi negara berteraskan sains dan teknologi, penganjuran program STEM Road Tour Kluang ini merupakan satu langkah pro-aktif untuk menjayakan dasar 60:40 iaitu aliran STEM:bukan STEM. Pendekatan pembelajaran aktif program ini mempunyai unsur penerapan kemahiran abad ke 21 untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kerjaya dalam STEM. Melalui program STEM ini, UTHM mampu untuk berkongsi penyelidikan canggih dengan masyarakat dan pelajar luar.
 
STEM Road Tour adalah kesinambungan dari kejayaan STEM Festival 2016 yang diadakan di Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM pada 8 dan 9 November 2016 lalu. Seramai 450 orang pelajar dari 17 buah sekolah rendah dan menengah sekitar Parit Raja dan Batu Pahat telah menyertai program pameran tersebut pada waktu itu.
 
Oleh kerana pihak penganjur menghadapi kekangan dalam menyediakan pengangkutan, majoriti sekolah yang dijemput tidak dapat menyertai program ini. Justeru itu, FSTPi telah mengambil inisiatif untuk membawa STEM ke kawasan lain selain Batu Pahat. Lalu tercetus idea untuk mengadakan STEM secara Road Tour dan daerah Kluang telah terpilih sebagai destinasi pertama pada kali ini.
 
Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan lagi penglibatan dan pencapaian pelajar dalam bidang STEM, selaras dengan hasrat dan keperluan negara masakini.
 
 
 
Last Updated ( Isnin, 22 Mei 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.