Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Karnival Inovasi CeDS 2017 nilai dan pamer produk inovasi pelajar
Karnival Inovasi CeDS 2017 nilai dan pamer produk inovasi pelajar Print E-mail
Hear this article
Karnival Inovasi Pusat Pengajian Diploma (CeDS) Ke-8, Semester II Sesi 2016/2017 telah berjaya dijalankan pada 17 Mei 2017 (Rabu) bertempat di Dataran Terbuka.

Karnival yang diadakan pada setiap tahun ini bertujuan untuk menilai projek diploma pelajar tahun akhir di samping mempamerkan produk-produk inovasi mereka kepada umum bagi membuktikan potensi dan kebolehan para pelajar.

Melalui karnival ini, pelajar-pelajar diberi pendedahan tentang suasana pameran dan pertandingan produk inovasi sebenar. Jumlah pelajar yang terlibat sebagai peserta adalah seramai 360 orang dan terdiri daripada 110 kumpulan dari empat jabatan di bawah CeDS iaitu Jabatan Teknologi Maklumat, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Sains dan Matematik.

Selepas pendaftaran dan sarapan pagi, penilaian peringkat pertama telah dijalankan oleh panel penilai dalaman yang terdiri dari pensyarah CeDS. Manakala penilaian peringkat kedua pula dilaksanakan oleh 10 orang panel penilai luar yang telah dilantik, yang terdiri daripada panel industri dan panel dalaman UTHM bagi menilai tiga projek terbaik dari lima projek terbaik setiap jabatan.

Sepanjang proses penilaian, para pelajar ditemubual mengenai perlaksanaan dan hasil projek melalui poster dan prototaip yang dipamerkan. Kemahiran komunikasi, insaniah, dan kerjasama pelajar dapat dilihat melalui kesungguhan mereka untuk menerangkan dan mempertahankan hasil projek masing-masing.

Karnival Inovasi ini telah disempurnakan oleh Prof.Dato Dr Abdul Razak Haji Omar, Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri & Masyarakat) merangkap Pengarah Kampus Pagoh.

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.