Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow FPTV sambut Hari Guru 2017
FPTV sambut Hari Guru 2017 Print E-mail
Hear this article
Hari Guru yang jatuhnya pada Mei merupakan hari untuk memperingati dan menghargai jasa guru yang disambut pada setiap tahun oleh pelajar dan warga pendidik. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengambil langkah mengadakan sambutan ini pada setiap tahun yang bertujuan untuk menghargai jasa pensyarah dan memupuk rasa terima kasih dan kesyukuran atas jasa mereka lebih–lebih lagi kepada mahasiswa fakulti ini yang akan menjadi guru apabila mereka menamatkan pengajian mereka.

Sambutan Hari Guru 2017 yang bertemakan “Guru Pembina Negara Bangsa” ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dibantu oleh Kelab Pendidikan Teknik dan Vokasional (KPTV) UTHM yang mana Mejar Mohd Safiee Idris sebagai Penasihat program. Aktiviti Sambutan Hari Guru yang berlangsung selama satu hari dimulai dengan pertandingan Futsal kategori lelaki dan perempuan di antara kursus dijalankan pada sebelah pagi.

Majlis Sambutan Hari Guru ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTHM, Profesor Dr. Wahid Razzaly.Hadir sama ke majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Asri Selamat.

Naib Canselor dalam ucapannya mengingatkan kepada semua agar tidak lupa jasa guru yang banyak membimbing dan mendorong untuk berjaya. Ini adalah penting memandangkan semua mahasiswa FPTV merupakan bakal guru yang akan mengajar di sekolah kelak dan mereka akan berhadapan dengan anak murid yang berbagai ragam. Beliau juga menyatakan bahawa Pensyarah di universiti juga merupakan guru yang wajib dihormati dan tidak boleh dilupakan jasa mereka.

Sambutan ini dimeriahkan lagi dengan pengumuman penerima Tokoh Guru UTHM 2017 iaitu Profesor Emiratus Dr. Hj Jailani Yunus oleh Dekan FPTV, Profesor Dr. Hj Ahmad Esa dan Anugerah Pendidik Cemerlang iaitu Profesor Madya Hj Sapon Ibrahim. Majlis juga meraikan Profesor Madya Kamarolzaman Hj Mohd Jidi atas persaraan beliau dan penyampaian cenderahati atas Jasa Bakti kepada pensyarah – pensyarah FPTV yang telah bersara. Penyampaian  anugerah ini telah disempurnakan oleh Profesor Dr Wahid.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Jamil Bin Abd Baser berkata ini merupakan sambutan yang meriah untuk mengenang jasa pensyarah yang juga sebagai guru.
“Sambutan seumpama ini akan dijadikan acara tahunan fakulti dan berharap akan melibatkan semua warga universiti di masa akan datang,” katanya.

Di samping itu, turut menerima anugerah ialah pelajar dalam kategori Hadiah Akademik Cemerlang, Hadiah Tokoh Sukan dan Hadiah Tokoh Pelajar yang disampaikan oleh Dekan fakulti. Turut hadir di dalam majlis ini ialah wakil wakil Dekan, Timbalan – Timbalan Dekan Fakulti, Pensyarah – pensyarah, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pelajar FPTV.
 
 

Last Updated ( Selasa, 30 Mei 2017 )
 
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.