Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Program Textile Kasih FSTPi zahirkan keprihatinan terhadap anak yatim
Program Textile Kasih FSTPi zahirkan keprihatinan terhadap anak yatim Print E-mail
Hear this article
Pertumbuhan dan perkembangan sesebuah universiti boleh direalisasikan melalui satu langkah utama iaitu pembentukan sahsiah dan modal insan dalam kalangan mahasiswa. Hal ini dapat dicapai melalui Program Projek Baju Raya dan Iftar Jamaie Bersama Anak Yatim (Tekstil Kasih) yang dianjurkan oleh Fakulti Sains Teknologi Dan Pembangunan Insan (FSTPi), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
 
Program Projek Baju Raya dan Iftar Jamaie Bersama Anak Yatim (Tekstil Kasih) ini di laksanakan oleh pelajar tahun satu FSTPi dan merupakan langkah efektif bagi memupuk kemahiran insaniah mahasiswa dalam berkomunikasi, pemikiran kritis, kerjasama kumpulan, etika dan moral serta nilai kepimpinan melalui pengisian sepanjang program ini.
Program yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Ab Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Timbalan Menteri Mentor UTHM ini melibatkan 56 anak yatim dari daerah Kluang. Bagi menzahirkan tanda keprihatinan universiti, anak-anak yatim tersebut dibawa membeli baju raya dan turut menerima sumbangan duit raya sebagai persediaan menyambut aidilfitri akan datang.
Program khidmat masyarakat seumpama ini dapat melahirkan mahasiswayang mempunyai nilai tambah terutamanya dalam aspek kemahiran berkomunikasi dan kepimpinan di samping mendedahkan kepada mereka tentang kemahiran Insaniah.
 
Program ini juga dapat melahirkan graduan yang mempunyai daya saing yang tinggi dan kompeten selari dengan matlamat utama UTHM dalam melahirkan graduan holistik.Mahasiswa memainkan peranan penting dalam memastikan kelestarian pembangunan negara yang mapan, justeru mereka seharusnya diberikan pendedahan serta bekalan yang mencukupi agar matlamat dan agenda negara dapat terus diwarisi.
 
Pihak fakulti berharap melalui penganjuran program kemasyarakatan ini juga, pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi menjadi lebih bermakna dalam menjayakan visi dan misi universiti.
 
 
Last Updated ( Khamis, 08 Jun 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.