Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow FPTP bawa 60 pelajar lawat ke kilang pengeluar Industralised Building System
FPTP bawa 60 pelajar lawat ke kilang pengeluar Industralised Building System Print E-mail
Hear this article
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Kelab Pengurusan Pembinaan (CMC) telah membawa 60 pelajarnya melawat ke Syarikat Proven Holdings, sebuah kilang pengeluar Industralised Building System (IBS) berlokasi di Rawang Selangor pada 11 Mei lalu bagi mempelajari elemen dan prinsip kerjasama dan perkongsian ilmu dengan pihak industri yang mempunyai ilmu dalam bidang pembinaan.

Program yang melibatkan pelajar Pengurusan Teknologi (Pembinaan) dan  ahli CMC serta sembilan orang pensyarah sebagai pengiring ini diadakan bertujuan untuk berkongsi ilmu berkaitan dengan mata pelajaran yang terdapat dalam pengajian bersama pelajar-pelajar yang menghadiri program ini.

Program Lawatan Akademik ke IBS yang dimulakan dengan taklimat oleh Tuan Hj Suffian telah memberikan impak positif kepada pelajar mengenai penggunaan IBS dan Syarikat Proven Holding. Dalam taklimat tersebut, beliau telah menerangkan kelebihan sistem IBS berbanding sistem konvensional seperti pengurangan pekerja di tapak, pengurangan pembaziran bahan binaan, pengurangan bahan binaan di tapak, alam sekitar dan tapak binaan lebih bersih, kawalan kualiti lebih baik, tapak pembinaan lebih teratur dan selamat serta tempoh pembinaan lebih singkat.

Program ini juga menyediakan platform bagi para pelajar untuk mengenali lebih lanjut berkenaan penggunaan IBS dalam industri pembinaan secara dekat. Proses-proses pembikinan komponen – komponen IBS yang ditawarkan dalam Syarikat IBS Proven ini adalah seperti Precast Concrete, framing and panel, Formwork system, Metal framing system, blockword system, hybrid dan prefabricated timber teelepas taklimat tersebut, pelajar telah diberi peluang untuk melawat kilang IBS tersebut dan dapat melihat sendiri cara pemprosesan bagi beberapa komponen IBS seperti block concrete.

Program yang juga disertai oleh lima orang pensyarah di bawah Jabatan Pengurusan Pembinaan dan seorang Profesor Pelawat dari Loughborough University, Profesor Andrew Dainty dilihat telah memberikan banyak input dan manfaat kepada para pelajar dan juga pensyarah mengenai teknologi yang digunakan dalam IBS. Melalui program ini, pelajar dapat mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan penggunaan IBS dalam projek pembinaan dan juga dapat membantu pelajar meningkatkan pemahaman dalam mengikuti program di bawah Jabatan Pengurusan Pembinaan di samping meningkatkan hubungan universiti dan industri.
 
 
Last Updated ( Rabu, 14 Jun 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.