Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Kumpulan Penyelidik SIMReG dan PREMACH FKMP jayakan ICEKnow2017
Kumpulan Penyelidik SIMReG dan PREMACH FKMP jayakan ICEKnow2017 Print E-mail
Hear this article
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya mengadakan program tiga dalam satu yang diberi nama International Conference Exchange Knowledge Programme (ICEKnow’17) yang merupakan gabungan mobiliti, simposium dan seminar antarabangsa yang melibatkan kumpulan penyelidikan daripada Structural Integrity and Monitoring Research Group (SIMReG) dan Precision Research Machining Centre (PREMACH) 

Program yang diadakan pada 3 hingga 13 Jun 2017 bertempat di Nagaoka University of Technology (NUT) dan Tokyo of University (TU) ini melibatkan pelajar seramai 12 orang dan dua orang penyelidik iaitu Profesor Madya Dr. Mohammad Sukri Mustapa dan Dr. Mohd Rasidi Ibrahim daripada SIMReG dan PREMACH. Tujuan utama program ini adalah menggalakkan percambahan ilmu dan budaya penyelidikan Jepun dalam kalangan pelajar FKMP.

Sebanyak 15 kertas kerja dibentangkan dalam simposium antarabangsa diantara UTHM dan NUT. Seramai tiga orang profesor dari NUT terlibat di dalam simposium ini  iaitu Profesor Mutoh, Profesor Yamada dan Profesor Otsuka. Perkongsian pengalaman dan percambahan ilmu di dalam simposium ini dapat diterapkan dalam kalangan pelajar. Di NUT ini juga, delagasi UTHM turut melawat makmal dan persekitaran universiti termasuk fakulti dan makmal. Mereka didedahkan dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan serta aktiviti penyelidikan yang terdapat di NUT. Antara makmal yang dilawati adalah makmal fracture mechanics yang diketuai oleh Profesor Miyashita, makmal permesinan termaju (Advanced Machining) yang diketuai oleh Profesor Hirome Isobe, makmal pembungkusan yang diketuai oleh Profesor Nagasawa dan  makmal tenaga yang diketuai oleh Profesor Yamada.

Setiap makmal yang dilawati memberi pendedahan dan demonstrasi berkaitan penyelidikan yang dilakukan. Ahli delegasi UTHM juga diberi kesempatan untuk bertemu dengan presiden of NUT iaitu Prof Azuma.Perbincangan dua hala di antara UTHM dan NUT telah dilakukan di mana memorandum kesefahaman yang telah wujud sejak 2010 telah dibincangkan terutamanya dari segi penambahan pelajar dari UTHM untuk melakukan latihan industri ke NUT. Selain itu, antara hal yang ditekankan ialah membuat kolobrasi melibatkan industri dari Jepun dengan penyelidikan dari UTHM. Lawatan ini juga membolehkan delegasi UTHM melihat dengan lebih dekat aktiviti yang dijalankan di NUT dalam pelbagai disiplin kejuruteraan khususnya aktiviti penyelidikan.

Selepas simposium, pelajar UTHM terlibat pula dengan seminar antarabangsa yang bermula 9 hingga 11 Jun bertempat di Universiti of Tokyo, Japan. Sebanyak enam kertas kerja telah dibentangkan dalam  2017 5th Asia Conference on Mechanical and Materials Engineering (ACMME 2017). Antara pembentang SIMReG dan PREMACH iaitu :

Pembentang daripada SIMREG

1)    Prof Madya Dr Mohammad Sukri Bin Mustapa – Characteristic Of Treated Kenaf Fiber Reinforced Polipropylene Composites
2)    Suriyanti Kuddus – Microstructure’s And Tensile Characteristics On Direct Recycled Aluminium Chips AA6061/Al Power By Hot Pressing Method
3)    Muhammad Irfan Ab Kadir - Abrasive Wear On Heat-Treated Recycling Aluminium AA6061 Of Various Reinforcement Materials Through Powder Metallurgical Process

Pembentang daripada PREMACH

1)    Abdul Afiff Fiqhry Bin Abdul Latif - The Effect Of Variable Pitch On Cutting Force, Cutting Temperature And Surface Roughness When End Milling Using Nitico 30 Towards Stainless Steel 316L
2)    Dr Mohd Rasidi Ibrahim - Research On Relationship Between Cutting Conditions And Chip Formation During End Milling Of Aluminium Alloy 6061
3)    Nurul Aisyah bintil Fadhlul Hadi - The Effect Of Cutting Speed And Feed Rate On Surface Roughness And Tool Wear When Machining D2 Steel
 
 

Last Updated ( Ahad, 02 Julai 2017 )
 
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.