Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Mahasiswa FPTV jalani Program Mobiliti Outbound Latihan Mengajar di Yogyakarta, Indonesia
Mahasiswa FPTV jalani Program Mobiliti Outbound Latihan Mengajar di Yogyakarta, Indonesia Print E-mail
Hear this article
              
Seramai 13 orang mahasiswa Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menjalani Program Mobiliti Outbound Latihan Mengajar di dua buah sekolah di Jogjakarta dengan kerjasama Universitas Negeri Yogyakarta (UNY), Indonesia bagi tahun 2017.

 Menurut Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FPTV, Dr. Jamil Abd Baser, seramai 13 orang mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan Vokasional terlibat dalam melaksanakan program ini yang bermula pada 2 Mei sehingga 9 Jun 2017. Mereka terdiri daripada dua pelajar dalam bidang Elektrik dan Elektronik, empat daripada bidang Katering, lima daripada Binaan Bangunan manakala dua lagi daripada bidang Multimedia Kreatif.

 “Ini merupakan satu usaha kami untuk memberikan pengalaman mahasiswa yang akan menjadi guru kemahiran dalam menimba pengalaman dan pengetahuan di peringkat antarabangsa. Ia juga merupakan program mobiliti yang dapat menjalinkan hubungan baik di antara dua universiti dan masyarakat sekolah di sana,” katanya.

Di sepanjang program ini berlangsung, mahasiswa ini ditempatkan di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 2 Depok Sleman (SMK N2) dan Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 6 (SMK N6) Yogyakarta dalam bidang masing - masing. Mereka ditugaskan bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran, juga dilibatkan dalam mengawas dan mengendalikan ulangkaji dan peperiksaan, aktiviti ko-kurikulum dan mengendalikan program yang dirancang.

Mereka juga didedahkan dan diberikan pengalaman untuk menyaksikan sendiri budaya masyarakat di sana seperti majlis kesyukuran dan kerohanian, budaya pemakaian dan persembahan tradisional serta amalan kehidupan seharian.

Pihak pengurusan FPTV mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa yang terlibat, juga kepada Timbalan Dekan HEPA, Dr. Jamil Abd Baser, Ketua Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri, Dr. Azman Hasan dan Penyelaras Latihan Industri, Encik Fairuz Marian dan Dr Hasril Amiruddin yang memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini.

Begitu juga dengan pihak pengurusan Fakultas Teknik, Universitas Yogyakarta (UNY) yang banyak memberikan kerjasama yang sangat baik terutamanya Dekan, Dr Widarto, Timbalan Dekan Akademik dan Penyelidikan, Dr. Muhd. Khairudin serta Ibu Dewi Muniarti, Pensyarah serta pegawai Pejabat Antarabangsa UNY. Juga kepada pihak pengurusan dan guru – guru di SMK N2 Depok Sleman dan SMK N6. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan UTHM dan FPTV.
 
 
 
 
Last Updated ( Ahad, 02 Julai 2017 )
 
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.