Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM anjur Majlis Haul Imam Abdullah Al-Haddad
UTHM anjur Majlis Haul Imam Abdullah Al-Haddad Print E-mail
Hear this article
BATU PAHAT- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Pustaka Islamiyyah Holdings akan menganjurkan Majlis Haul Imam Abdullah Al-Haddad yang Ke 306 pada 28 Julai 2017 ini bertempat di Masjid Sultan Ibrahim,kampus induk.

Majlis ini akan dihadiri ulama’ antarabangsa Habib Kazim Al-Saqqaf dari Darul Mustafa, Yaman, Habib Jindan bin Novel dari Indonesia dan Sheikh Abu Zaki bin Yusuf As-Sanggafuri dari Singapura serta ulama’-ulama’ yang lain. 

Objektif utama majlis ini adalah untuk memperingati ketokohan dan mengenang jasa keilmuan Imam Al-Haddad dalam usaha menyebarkan dakwah Islamiyah kepada masyarakat khususnya di Asia Tenggara. Beliau juga telah diiktiraf sebagai Mujaddid (Pembaharu) Islam Abad ke-12. Tokoh ini tidak asing lagi di dalam bidang kesufian Islam serta turut menjadi rujukan utama para ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Program ini merupakan satu mekanisme transformasi dakwah yang membawa kepada satu entiti kepada pembudayaan ilmu ke arah merealisasikan moto UTHM iaitu “Dengan Hikmah Kita Meneroka”. Secara tidak langsung,ia dapat membantu dalam usaha menterjemahkan misi UTHM yang komuited dalam perkongsian ilmu berasaskan paradigma tauhid. Perkara ini selari dengan usaha kerajaan negeri Johor dalam menyubur dan memperkukuhkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Majlis akan bermula pada jam 5.30 petang dengan pengisian syarahan yang disampaikan oleh para ulama’ serta diteruskan lagi dengan Zikir Ratib Al-Haddad dan bacaan Manaqib bagi memperingati jasa-jasa, dakwah, ilmu-ilmu dan hikmah Imam Al-Haddad.  Justeru itu, orang ramai dijemput hadir bagi menyerikan lagi majlis ini. 
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.