Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow UTHM Kayakers Barracuda Juara Perahu Naga Peringkat Kebangsaan 2017
UTHM Kayakers Barracuda Juara Perahu Naga Peringkat Kebangsaan 2017 Print E-mail
Hear this article
Atlit kayak UTHM Barracuda membuat kejutan untuk muncul juara Kejohanan Perahu Naga Muar 2017 peringkat kebangsaan sempena penganjuran Majlis Perasmian Tanjung Emas Waterfront, Muar. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari bermula pada 1 hingga 2 April lalu bertempat di Tanjung Emas Muar telah berjaya menarik sebanyak 28 pasukan handalan yang mewakili negeri, kelab- kelab sukan dan persatuan-persatuan perahu naga  untuk menyertai pertandingan ini.

Seramai enam orang atlit kayak UTHM bergabung tenaga dengan atlit kayak negeri Johor membentuk satu pasukan yang mantap bagi menyertai pertandingan Perahu Naga Muar 2017 dengan impian untuk membuat kejutan bagi menjuarai pertandingan pada kali ini. Pertandingan  menyaksikan cabaran yang hebat terutama dari pasukan yang mewakli negeri seperti Pulau Pinang yang memang terkenal dalam acara sukan perahu naga juga sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai  pertandingan ini serta saingan sengit daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merupakan antara pasukan yang pernah menjadi juara dalam acara sukan perahu naga. Tidak ketinggalan juga pasukan dari negeri Sarawak serta pasukan-pasukan yang lain membawa  nama sebagai pasukan yang hebat dalam acara sukan perahu naga ini.

Pasukan UTHM telah di taja sepenuhnya oleh Muar Coffee dan JPS Muar bagi menyuntik semangat atlit-atlit untuk berlumba merebut kejuaraan untuk kali pertama. Latihan dikendalikan oleh jurulatih bagi pasukan kayak UTHM saudara Mazlan Maerat bersama pasukan kayak Johor meski pun dalam waktu yang singkat telah banyak membantu pasukan UTHM untuk meraih kejuaraan.

Hadiah kejuaraan telah di sampaikan oleh Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim yang turut menyempurnakan acara pelepasan di pelantar Tanjung Emas, Muar. Juara pertandingaan membawa pulang wang tunai RM2,000.00 berserta trofi dan medal. 
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.