Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Seminar FCS-SOFC 2017, FKMP memperkasa penyelidikan enam Universiti Awam
Seminar FCS-SOFC 2017, FKMP memperkasa penyelidikan enam Universiti Awam Print E-mail
Hear this article

Kumpulan Penyelidik Functional Composite Structure (FCS), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) berjaya mengadakan Seminar Penyelidikan FCS-Sel Fuel Oksida Pepejal (SOFC) 2017. Kumpulan Penyelidik FCS yand diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hamimah Abd.Rahman bersama dengan ahli kumpulan yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Sufizar Ahmad, Prof. Madya Dr. Hariati Mohd Taib dan En. Mohd Azham Azmi telah menjadikan seminar ini sebagai platform penting untuk memantau perkembangan penyelidikan berkaitan FCS-SOFC khususnya di Malaysia.

Seminar yang diadakan pada 02 Ogos 2017 bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini melibatkan seramai 13 orang penyelidik dan 35 orang pelajar pasca siswazah dari UTHM, UKM, UiTM Perlis, UiTM Shah Alam, UniMAP, UTM dan USM.  Matlamat utama seminar adalah untuk perkongsian ilmu, idea dan maklumat penyelidikan dalam bidang FCS-SOFC di antara universiti-universiti yang terlibat.

Seminar penyelidikan berkaitan SOFC ini merupakan acara tahunan yang telah bermula sejak tahun 2014 yang pertama kalinya dianjurkan oleh UKM, diikuti oleh UTHM pada tahun 2015 dan UiTM Perlis pada tahun 2016. Sehubungan itu, seminar pada tahun 2017 ini adalah penganjuran kali kedua oleh kumpulan penyelidik FCS, FKMP di mana sambutan dan sokongan yang diterima daripada penyelidik lain dalam bidang FCS-SOFC sangat menggalakkan dengan pertambahan penyertaan yang ketara berbanding tahun sebelumnya. 

Pembentangan hasil penyelidikan oleh pelajar pasca siswazah dalam seminar ini dapat membantu para penyelidik merangka dan merancang langkah penyelidikan seterusnya. Segala pengetahuan yang diperolehi daripada seminar ini mampu membantu menggerakkan aktiviti penyelidikan untuk masa hadapan dan mengeratkan lagi kerjasama penyelidikan di peringkat kebangsaan antara kumpulan FCS-SOFC UTHM dan universiti yang terlibat. Kerjasama yang telah terjalin ini akan sentiasa berterusan dan dikekalkan untuk pembangunan penyelidikan FCS-SOFC. 
 
fcssel.jpg.jpg  

 
image005.jpg

 
 
 
Last Updated ( Selasa, 08 Ogos 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.