Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Bengkel Penulisan Media UTHM didik warga universiti dalami dunia penulisan
Bengkel Penulisan Media UTHM didik warga universiti dalami dunia penulisan Print E-mail
Hear this article
Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat (PPKK) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Media pada 9 Ogos 2017 bertempat di Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, kampus induk universiti.

Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk menggalak dan mendidik warga kerja universiti untuk mendalami bidang penulisan bagi meningkatkan lagi jumlah penerbitan artikel universiti. Selain itu bengkel ini juga diadakan bagi mewujudkan hubungan kerjasama yang baik antara universiti dengan pihak media.

Bengkel yang melibatkan kira-kira 40 peserta daripada pelbagai pusat tanggungjawab (Ptj) ini telah dikendalikan oleh penceramah berpengalaman Wan Noor Hayati Wan Alias, tokoh Wartawan Rakyat yang telah menerima 20 anugerah sepanjang sembilan tahun berkecimpung dalam dunia kewartawanan. Penglibatan Wan Noor Hayati dalam pembongkaran dan pendedahan pelbagai isu sejak tahun 2010 telah diiktiraf oleh pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan serta melibatkan beberapa penganugerahan Bintang, Pingat dan Darjah Kebesaran Persekutuan.

Bengkel yang diadakan selama satu hari ini diisi dengan beberapa sesi iaitu sesi pengenalan Apa itu penulisan cemerlang?, Menterjemah Penulisan Akademik ke Penulisan Berita, SOP Penulisan Cemerlang, Pembentangan Data Berkualiti dan Slot Analisis Kewartawanan. Bengkel ini menekankan Standard Operating Procedure (SOP) dalam penulisan rencana iaitu kebolehan memilih isu yang menarik bagi menjadikan sesuatu laporan itu mempunyai nilai berita yang tinggi. 

Hadir sama ke bengkel tersebut, Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Perhubungan Korporat), Profesor Madya Dr. Afandi Ahmad.  Penganjuran bengkel ini merupakan langkah pertama PPKK bagi menggalakkan lagi pakar-pakar bidang di UTHM berkongsi ilmu dan penyelidikan masing-masing dengan masyarakat melalui bidang penulisan.
 
 
Last Updated ( Khamis, 10 Ogos 2017 )
 
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.