Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Atlet UTHM cipta sejarah wakili negara ke Sukan Sea KL 2017 & Asian-Oceanian Futsal Championship
Atlet UTHM cipta sejarah wakili negara ke Sukan Sea KL 2017 & Asian-Oceanian Futsal Championship Print E-mail
Hear this article
Atlet Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Nurul Hamira Yusma Yusri telah terpilih ke skuad futsal wanita kebangsaan bagi menghadapi  Temasya Sukan Sea KL 2017 di Kuala Lumpur  selepas melalui fasa pemilihan yang  kompetetif.
  
Bakatnya dikesan oleh jurulatih kebangsaan melalui Liga Futsal IPT yang mana  Nurul Hamira mewakili UTHM. Acara Futsal Sukan Sea akan berlangsung dari  18 hingga 27 Ogos 2017 di Stadium Tertutup Panasonic, Shah Alam.  

Lebih membanggakan, Nurul Hamira merupakan satu-satunya pelajar universiti yang terpilih dalam skuad kebangsaan yang rata-ratanya dibarisi pemain berpengalaman dari skuad negeri yang bermain di Liga Futsal Kebangsaan (LFK). Kejayaannya mewakili skuad futsal wanita kebangsaan telah mencapai sasaran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk melahirkan 30% atlet negara adalah dari atlet universiti yang digelar ‘The Thinking Athlete’. Semoga pencapaiannya akan mencetus inspirasi dalam kalangan warga UTHM.  

Seorang lagi atlet UTHM, Ahmad Mustaqim Zainuddin  telah terpilih mewakili Malaysia ke Kejohanan Futsal Asian-Oceania di Lingwu, China pada 16 hingga 26 September 2017. Kejohanan di bawah kelolaan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) ini menghimpunkan pasukan futsal universiti terbaik dari Asia dan Oceania. 

UTHM mengucapkan tahniah & selamat maju jaya kepada kedua-dua atlet ini dalam kejohanan yang akan disertai.

Pencapaian mereka telah membuktikan atlet dari universiti teknikal seperti UTHM juga boleh meraih pencapaian tertinggi dalam sukan selain akademik. 

‘We Are UTHM Athlete Warrior’ 

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.