Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Penyelidik UTHM berkolaborasi hasil “Smart Recycle Bin” urus sisa pepejal dan pelihara alam sekitar
Penyelidik UTHM berkolaborasi hasil “Smart Recycle Bin” urus sisa pepejal dan pelihara alam sekitar Print E-mail
Hear this article
Kumpulan Penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berkerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menghasilkan projek Smart Recycle Bin melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak pada Februari 2014 lalu.

Smart Recycle Bin merupakan satu sistem pengumpulan bahan kitar semula yang menempatkan sebuah tong pintar yang mampu menyukat dan mengenalpasti bahan kitar semula yang dimasukkan ke dalam tong. Selain itu, tong tersebut juga akan mengenalpasti pemilik bahan berkenaan melalui kad keahlian dan menyimpan rekod mata ganjaran terkumpul di pangkalan data secara atas talian. Smart Recycle Bin ini akan diletakkan di sekolah-sekolah yang telah melaksanakan Bank Kitar Semula yang dianjurkan oleh SWCorp bagi membantu menggalakkan budaya kitar semula dalam kalangan pelajar sekolah.

Projek hasil kolaborasi strategik bersama SWCorp ini disertai kumpulan penyelidik UTHM yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Aeslina Abdul Kadir dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS) dan Dr. Mohd Razali Md Tomari dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE).Turut bersama dalam kerjasama ini ialah Syarikat CENVIRO yang sedang membangunkan kaedah sistem ganjaran bersepadu tanpa wang tunai yang membolehkan masyarakat menyimpan ganjaran di dalam kad pintar dengan tujuan penebusan. Kad tersebut bertujuan mengumpul mata ganjaran yang diberikan mengikut berat sampah yang dimasukkan ke dalam tong sampah dan ia boleh di tebus di pasaraya Giant atau CMART.

Majlis pelancaran Smart Recycle Bin telah disempurnakan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Haji Omar bertempat di Sekolah kebangsaan Dato' Onn Jaafar Subang Jaya Selangor pada 17 Ogos lalu.

Tan Sri Noh dalam ucapannya berkata projek ini akan diperluaskan di seluruh negara secara berperingkat. Untuk permulaan, sebanyak 10 sekolah rendah dipilih menjadi perintis projek ini bermula Oktober depan dalam usaha menyebarkan maklumat mengenai pengurusan sisa pepejal dan pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan generasi muda.

Kejayaan penyelidik-penyelidik UTHM ini telah membantu mengharumkan nama UTHM di samping sebagai salah satu usaha untuk membantu melestarikan alam sekitar dan masyarakat di luar sana melalui kepakaran yang dimiliki oleh universiti.
 
 
Last Updated ( Ahad, 20 Ogos 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.