Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow UTHM semarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan Negara ke-60
UTHM semarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan Negara ke-60 Print E-mail
Hear this article
Batu Pahat - Bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan Negara ke-60, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) turut mengadakan Majlis Sambutan Kemerdekaan peringkat universiti pada hari ini 20 Ogos 2017 bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, kampus induk.

Majlis tersebut juga diadakan sebagai salah satu inisiatif untuk memupuk dan menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan warga universiti.

Sambutan dimulakan pada awal pagi dengan acara kayuhan basikal yang melibatkan kira-kira 50 peserta terdiri daripada Pegawai-pegawai Kanan Universiti yang diketuai oleh Naib Canselor UTHM, Profesor Dr. Wahid Razzaly. Majlis sambutan juga dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik yang disertai oleh staf universiti yang berlangsung secara serentak di perkarangan Dewan Sultan Ibrahim.
Acara kemuncak pula menyaksikan perhimpunan beramai-ramai melibatkan staf dan kepimpinan universiti yang dimulakan dengan acara simbolik perarakan bendera Malaysia oleh staf keselamatan universiti ke dalam dewan dan acara menaikkan bendera sambil diiringi nyanyian Lagu Negaraku.

Hadir sama ke acara tersebut, Encik Abdul Rahman Hussein selaku wakil rasmi Pengarah Biro Tatanegara Johor.

Naib Canselor dalam ucapannya menyeru seluruh warga universiti untuk menghayati erti kemerdekaan sebenar dengan menzahirkan rasa cinta pada negara melalui tingkah laku dan juga sumbangan masing-masing. Beliau juga berharap warga kampus dapat mengibarkan jalur gemilang yang menjadi kebanggaan negara sepanjang berlangsungnya sambutan bulan kemerdekaan ini.

Turut diadakan simbolik penyerahan bendera Malaysia dari pihak Biro Tatanegara sebanyak 500 helai kepada Naib Canselor. Manakala Naib Canselor pula menyerahkan bendera Malaysia kepada Pendaftar dan sembilan orang Pegawai kanan yang lain sebagai simbolik Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke 60 dan turut melekatkan bendera Malaysia pada kenderaan rasmi universiti. Majlis turut diserikan dengan deklamasi puisi kemerdekaan yang disampaikan oleh Pegawai Kebudayaan UTHM, Muhammad Shahrin Haron.

Sambutan yang bermula pada 20 Ogos hingga 16 September ini akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti bertemakan kemerdekaan negara antaranya Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil, Majlis Sembang Santai Kemerdekaan UTHM dan penyertaan Perbarisan Kemerdekaan.
 
 
Last Updated ( Ahad, 20 Ogos 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.