Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Forum Sembang Santai Kemerdekaan bincang Peranan IPT dan Media sebagai ejen perpaduan negara
Forum Sembang Santai Kemerdekaan bincang Peranan IPT dan Media sebagai ejen perpaduan negara Print E-mail
Hear this article
Media mempunyai peranan besar dalam merelevankan peranan Institut Pengajian Tinggi (IPT) apatah lagi dalam menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Negara.  Dengan erti kata lain, media dan IPT mempunyai sinergi yang mampu dibangunkan bersama-sama dalam menghasilkan masyarakat berilmu untuk sesebuah negara maju.

Peranan media kini semakin mencabar berbanding zaman sebelum kemerdekaan yang ketika itu lebih tertumpu kepada dasar-dasar pemerintah sahaja. Manakala universiti pula perlu terus berada dalam dunia yang mencabar dengan keperluan memastikan ilmu dan pengetahuan dapat dikongsi dan dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan.

Atas alasan inilah satu forum Sembang Santai Kemerdekaaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama Sinar Harian – “Negaraku, Tanah Leluhurku, Jiwa Ragaku, Apa Peranan IPT dan Media?” telah diadakan pada 24 Ogos 2017 lalu bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.

Forum anjuran Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat ini melibatkan tiga panel iaitu Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed; Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Perhubungan Korporat) UTHM, Profesor Madya Dr. Afandi Ahmad, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UTHM, Amzar Aizat Allias dan moderator forum, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Ku Hasnan Ku Halim.

Kira-kira 150 orang yang terdiri daripada staf dan pelajar menghadiri forum tersebut yang membincangkan tentang peranan IPT dan media dalam usaha membangunkan negara dan mengharmonikan perpaduan.

Menurut Afandi,  Peranan IPT pula dahulu hanya berperanan untuk pembangunan negara, tetapi kini ia telah bertindak sebagai pemimpin, ketua serta ejen kepada perpaduan selain turut berperanan menjadi lokasi kepada agenda sesebuah negara.

Sementara itu, Norden pula berkata media cetak sebagai akhbar arus perdana sentiasa memberi peluang kepada anak-anak muda untuk menyampaikan pandangan mereka, namun pandangan yang diberi mestilah dalam kerangka yang ditetapkan oleh sesebuah media untuk menerima dan menyiarkannya tanpa bertentangan dengan nilai-nilai dan kepentingan negara termasuk hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat seluruhnya.

Sementara itu, Amzar pula dalam perbincangan mengingatkan anak-anak muda terutamanya mereka yang berada di IPT agar tidak mudah untuk membuat penilaian berasaskan maklumat yang cetek tanpa membuat verifikasi terlebih dahulu termasuklah ketika menyatakan pandangan melalui media arus perdana mahu pun media sosial.

Penganjuran program kerjasama UTHM-Sinar Harian seumpama ini adalah langkah bijak dalam mendekatkan jurang antara media dengan universiti seperti mana pentingnya universiti berusaha untuk memastikannya terus relevan dalam masyarakat, negara dan dunia.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.