Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Berita arrow UTHM raih juara Pertandingan Debat Technology Vocational Education and Training (TVET)
UTHM raih juara Pertandingan Debat Technology Vocational Education and Training (TVET) Cetak Emel
Hear this article
Pasukan Debat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah meraih juara keseluruhan dalam  Pertandingan Debat Technology Vocational Education and Training (TVET) yang telah diadakan di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET) pada 8 hingga 10 September baru-baru ini.

UTHM yang diwakili Mohammad Ikhmal Siddiq Jefri Din, pelajar tahun satu dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS) dan Siti Khadijah Dermawan, pelajar tahun tiga dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) telah bertarung menggunakan format ala Parlimen British bagi kategori Bahasa Melayu.

Mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM600, piala pusingan, cenderamata dan sijil penyertaan yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Akademik & Teknologi UniKL, Profesor Dato' Dr. Azanam Shah Hashim.

Sebanyak 24 pasukan telah menyertai pertandingan debat ini yang julung-julung kali diadakan dalam kalangan institusi teknikal di seluruh Malaysia.

Di peringkat akhir UTHM berdepan dengan Universiti Teknologi Petronas, British-Malaysian Institute (UniKL BMI) dan Kolej MARA Kulim sekali gus berjaya menewaskan ketiga-tiga pasukan tersebut .

“Pasukan UTHM telah membuat persediaan awal sebelum pertandingan. Selain memperbanyakkan bacaan tentang isu-isu TVET, mereka juga mengadakan latihan demi latihan untuk meningkatkan lagi keyakinan diri serta ilmu sedia ada,” kata Penasihat Kelab Debat, Dr. Lee Te Chuan yang juga seorang Pensyarah  Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP).

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.