Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Warga UTHM sambut kumpulan konvoi Sultan Johor ke kampus induk sempena KMJ 2017
Warga UTHM sambut kumpulan konvoi Sultan Johor ke kampus induk sempena KMJ 2017 Print E-mail
Hear this article
Batu Pahat,12 Sept - Warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai Naib Canselor, Profesor Dr. Wahid Razzaly menyambut keberangkatan tiba Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang juga merupakan Canselor UTHM ke kampus induk bersama kumpulan konvoi Kembara Mahkota Johor 2017 yang lain.

Keberangkatan tiba rombongan Tuanku Canselor disambut meriah oleh Pegawai-pegawai Kanan Universiti, Majlis Perwakilan Pelajar dan pelajar-pelajar baharu di samping sambutan oleh warga kampus di kiri dan kanan sepanjang jalan masuk universiti. Rombongan Tuanku Canselor juga disambut dengan persembahan Flash Mob daripada kumpulan pelajar yang baru sahaja mendaftarkan diri di UTHM awal September lalu.

Turut menyertai konvoi tersebut anakanda YAM Tunku Tun Aminah  bersama suami, Encik Muhammad Dennis Abdullah dan YAM Tunku Abdul Rahman. Hadir sama ke sambutan tersebut, Datuk Ab Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Timbalan Menteri Mentor UTHM dan ADUN Parit Raja, Puan Seri Hajjah Azizah Zakaria.

Untuk rekod, Program KMJ 2017 hari ini memasuki hari keempat selepas memulakan perjalanan pada pagi Sabtu lalu ke 10 daerah di negeri Johor yang melibatkan jarak 800 kilometer (km). Upacara pelepasan edisi KMJ ke-20 itu berlangsung pada pukul 8 pagi di Dataran Bandaraya, Johor Bahru pada 10 September baru-baru ini.

Buat pertama kali dalam sejarah KMJ, Sultan Ibrahim dan keluarga menjalani ekspedisi dengan menaiki beberapa kereta vintaj tiga roda Morgan keluaran Morgan Motor Company Ltd, United Kingdom.

Konvoi kembara itu akan tamat pada 12 September di Hutan Bandar Putra di Kulai.
 
 
Last Updated ( Selasa, 12 September 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.