Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Produk Inovasi hasil kajian Penyelidik FPTP mendapat tempat di ICON 2017
Produk Inovasi hasil kajian Penyelidik FPTP mendapat tempat di ICON 2017 Print E-mail
Hear this article
Terengganu, 28 Sept – Para penyelidik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah berjaya menerima satu Pingat Emas, satu Pingat Perak dan satu Pingat Gangsa dalam International Innovation, Invention & Design , Competition & Conference 2017 (ICON2017) telah berlangsung di Pusat Sains dan Kreativiti, Terengganu.

Pingat emas berjaya dirangkul oleh Dr. Md. Asrul Nasid Masrom bersama pasukannya melalui Computer- Based Performance Analysis System (CombPMAS) for multi-large infrastructure projects. Kelainan produk CombPMAS telah berjaya menarik hati juri kerana keputusan penilaian prestasi projek secara atas talian ini diterjemahkan dalam bentuk “Quadrant Analysis” yang mana ia bukan sahaja mudah untuk ahli projek menambahbaik kualiti keseluruhan projek tetapi ia juga menggalakkan konsep “paperless-based” dalam kalangan ahli professional industri binaan.

Pingat Perak diterima oleh Dr. Lee Te Chuan dan Dr. Yunos Ngadiman bersama pasukan pelajar tahun akhir melalui kajian bertajuk “Environmentally Friendly Medium Density Fibreboard for Furniture Applications Inventer. Manakala kajian bertajuk “ Novel Bioactive Nanoflower-like Sodium Titanate on TiO2 Coating via Anodic Oxidation for Biomedical Applications Inventer yang diketuai oleh Dr. Lee Te Chuan bersama ahli-ahlinya telah berjaya menerima pingat gangsa.

Pertandingan anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM), Cawangan Terengganu ini dianjurkan bertujuan untuk membolehkan setiap produk dan hasil penyelidikan oleh para pengkaji tempatan samada di peringkat universiti, institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan mahupun di peringkat sekolah mampu dipertingkatkan melalui penilaian, komen dan cadangan penambahbaikan oleh pihak industri.

Objektif pertandingan yang dijalankan selama sehari ini adalah untuk menjadi platform di samping memberi ruang kepada penyelidik-penyelidik samada dari bidang akademik mahupun bukan akademik, untuk memperkasakan budaya mereka cipta dengan mengambil kira produk dan kualiti yang sedia ada, menggalakkan produk-produk yang berpotensi untuk dikomersialkan dan ia juga untuk membina jaringan hubungan industri di antara pihak universiti tempatan dengan masayarakat dan usahawan tempatan.

Majlis yang disempurnakan oleh Rektor UiTM Cawangan Terengganu, Profesor  Madya Dr. Abdol Samad Nawi ini dibahagikan kepada tiga kategori peserta  iaitu kategori ahli-ahli akademik dan pihak industri , kategori pelajar IPT, dan Kategori pelajar sekolah. Bagi pertandingan produk pula, terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu inovasi (Kategori A), invensi (Kategori B) dan rekabentuk (Kategori C). Setiap kategori-kategori ini mempunyai kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh penganjur.

Pertandingan ini menerima penyertaan yang luar biasa yang mana bagi kategori A, sebanyak 98 produk inovasi dipertandingkan hasil kajian daripada penyelidik universiti-universiti tempatan, luar negara, dan juga pihak industri. Manakala bagi kategori B pula sebanyak 70 produk yang dipertandingkan.

Bagi kategori sekolah pula terdapat lebih daripada 50 produk inovasi yang menarik telah dipertandingkan. Proses penilaian yang menggunakan sistem atas talian sepenuhnya melibatkan panel-panel terdiri daripada ahli-ahli industri dan pakar-pakar dari pusat pengajian di seluruh Malaysia.

Timbalan Rektor, Penyelidikan, Hubungan Industri dan Alumni, UiTM Terengganu, Profesor Madya Dr. Mazidah Puteh menyempurnakan majlis penutup yang berlangsung penuh meriah.
 
 
Last Updated ( Isnin, 02 Oktober 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.