Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Deklamator UTHM Naib Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2017 peringkat Universiti Awam
Deklamator UTHM Naib Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2017 peringkat Universiti Awam Print E-mail
Hear this article
Deklamator Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Norhanna Amalin Che Ismail, pelajar tahun dua Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) telah meraih Naib Johan dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK) 2017 edisi ke 31 yang berlangsung pada 29 September 2017 di Dewan Bitara Siswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim Perak.

Norhanna membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM200, trofi dan sijil selaku Naib Johan.  Hadiah disampaikan oleh Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. SDPK Ke -31 Peringkat Universiti Awam Malaysia melibatkan 13 buah Universiti Awam Malaysia antaranya UPSI, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

SDPK 2017 merupakan penganjuran bersama Majlis Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia (MAKUM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).
Menurut Encik Muhammad Shahrin Haron, Pegawai Kebudayaan Kanan, Unit Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (UKKWA), Pejabat Hal Ehwal Pelajar Norhanna amat komited berlatih sepanjang cuti semester yang lalu hanya melalui aplikasi “WhatsApp” dengan merakam suara dan menghayati puisi.

Norhanna memasang tekad untuk menyertai SDPK ke 32 pada tahun hadapan dan ingin merebut gelaran juara kerana pelajar ini percaya dengan bimbingan yang diberikan oleh Mantan Juara SDPK Peringkat Kebangsaan ke 29 Tahun 2015, Encik Muhammad Shahrin, iltizam dan impiannya akan tercapai.

Johan disandang oleh UiTM Malaysia, manakala tempat ketiga disandang oleh UKM. Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Ke 31 akan mewakili Universiti Awam Malaysia ke Peringkat Kebangsaan pada 7 Oktober 2017 yang akan berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa Kuala Lumpur, melibatkan penyertaan 14 buah Negeri serta wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan wakil Institusi Perguruan (IPG).
 
 
Last Updated ( Khamis, 05 Oktober 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.