Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow UTHM anjur Kejohanan Hoki - 50 pasukan berentap
UTHM anjur Kejohanan Hoki - 50 pasukan berentap Print E-mail
Hear this article
Batu Pahat – Kelab Hoki Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Kejohanan Hoki 6 Sebelah Bawah 11 Tahun (lelaki & perempuan) Piala Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 13 dan 14 Oktober lalu bersempena Konvokesyen UTHM kali ke-17.

Penganjuran edisi pertama dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Persatuan Hoki Johor (PHJ) dan Pusat Sukan UTHM ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dengan penglibatan 50 pasukan yang terdiri daripada 600 orang pelajar sekolah rendah, 50 orang pengurus pasukan dan 300 orang penonton. Kehadiran Ibu bapa juga turut menambah lagi kemeriahan kejohanan.

Pasukan ‘Stascian A’ telah menjadi Johan bagi kategori ‘Lelaki - Gold Pool’ manakala Naib Johan adalah pasukan ‘Tranquerah HC’ dan tempat Ketiga adalah pasukan ‘Staz boys.’ Bagi kategori ‘Perempuan - Gold Pool’ pula Johan adalah pasukan ‘SKOS’ manakala Naib Johan pasukan ‘Bemban Tigress’ dan tempat Ketiga adalah pasukan ‘PHDK Prodigy.’

Johan bagi kategori ‘Gold Pool – Lelaki’ menerima Piala Iringan TNB dan wang kemenangan sebanyak RM500.00 manakala kategori ‘Gold Pool – Perempuan’ menerima Piala Iringan TNB dan wang kemenangan sebanyak RM400.00. Muhammad Nabil Irfan Mohd Yusof dan Meira Ellyeisya Osman telah dinobatkan sebagai penjaring gol terbanyak edisi kali ini. Hadiah disampaikan oleh Encik Amran Jantan, wakil daripada TNB selaku penaja rasmi kejohanan.

Penganjuran kejohanan ini merupakan satu pentas arena sukan hoki untuk menjejaki bakat - bakat baru di peringkat sekolah rendah.
Turut hadir penolong jurulatih pasukan hoki perempuan kebangsaaan, Encik Lailin Abu Hassan; Setiausaha Persatuan Hoki Johor (PHJ), Encik Shahabuddin Royani dan Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Encik Shahrul Izwan A.Rahman. Penutupan kejohanan pada hari tersebut  turut menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara.
 
 
Last Updated ( Isnin, 06 November 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.