Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Pasukan Bola Jaring Pelajar UTHM Juara Kategori IPT bagi Pesta Bola Jaring Kebangsaan USM
Pasukan Bola Jaring Pelajar UTHM Juara Kategori IPT bagi Pesta Bola Jaring Kebangsaan USM Print E-mail
Hear this article
Pasukan Bola Jaring Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya membuktikan bahawa universiti ini juga tidak ketinggalan untuk memberi saingan kepada institut pengajian tinggi (IPT) lain apabila berjaya merangkul Johan bagi Kategori  IPT di Pesta Bola Jaring Kebangsaan USM-Penang kali ke 27 yang berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober lalu bertempat di Universiti Sains Malaysia, (USM), Pulau Pinang.

Bagi Pasukan Bola Jaring pelajar UTHM yang kebanyakannya dibarisi pemain dan pelapis baru, bergelar Johan bagi Kategori IPT merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Lebih manis lagi apabila seorang atlet UTHM Putri Nur Izazi Burhanuddin, pelajar jurusan Sarjana Muda (Matematik Sains) dengan kepujian telah terpilih sebagai pemain terbaik kejohanan bagi Kategori IPT.

Walaupun pada awalnya di peringkat kumpulan, pencapaian pasukan UTHM agak hambar dengan keputusan kalah tipis pada tuan rumah dengan keputusan UTHM 9 berbalas USM 10, namun berbekalkan peluang dan semangat yang tinggi, pasukan UTHM bangkit menewaskan pihak lawan di peringkat suku dan separuh akhir sehingga layak ke peringkat final. Dengan semangat juang yang tinggi, pasukan ini telah berjaya dinobatkan sebagai Juara Pesta Bola Jaring Kebangsaan USM-Penang kali ke 27 bagi kategori IPT.

Kejayaan yang dikecapi oleh Skuad Bola Jaring UTHM ini merupakan titik permulaan untuk lebih komited mencipta kejayaan lain sekali gus meningkatkan lagi mutu permainan di kejohanan akan datang.
 
 
Last Updated ( Isnin, 30 Oktober 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.