Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow Info Korporat arrow Iklan permohonan jawatan Felo Kolej Kediaman UTHM
Iklan permohonan jawatan Felo Kolej Kediaman UTHM Print E-mail
Hear this article
Kepada staf UTHM yang berkelayakan, komited serta bermotivasi tinggi untuk menyumbang bakti dalam hal-hal berkaitan dengan kebajikan serta pembangunan sahsiah pelajar adalah dipelawa untuk memohon jawatan Felo Kolej Kediaman di lokasi seperti senarai di bawah : - 
1) Kolej Kediaman Perwira (KKP) - 3 kekosongan
2) Kolej Kediaman Tun Fatimah (KKTF) - 2 kekosongan
3) Kolej Kediaman Bestari (KKB) - 1 kekosongan

Syarat-Syarat Kelayakan Felo Kolej Kediaman :
Terbuka kepada warga UTHM sahaja.
Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda (daripada mana-mana IPTA/IPTS & mana-mana jurusan/program pengajian)
Mesti tidak di dalam tempoh cuti belajar atau sedang dalam tempoh pengajian
Mesti mempunyai minat yang tinggi dalam membentuk sahsiah pelajar dan berkaitan perkembangan pelajar
Sedia berkhidmat dalam setiap masa
Felo Kolej Kediaman juga boleh terdiri daripada :
Kakitangan akademik UTHM
Atau bukan akademik UTHM (Gred 29 dan ke atas)
Faedah dan Kemudahan Yang Diperolehi :
Rumah kediaman bersama kemudahan asas meliputi elektrik dan air
Elaun telefon bimbit (RM 80.00/sebulan)
Bantuan pembelian telefon bimbit (setiap 2 tahun/kadar bantuan mengikut gred jawatan hakiki)

Tarikh Tutup Permohonan :   30 NOVEMBER 2017 (KHAMIS)

Borang Permohonan :
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Pusat Perumahan dan Pengangkutan Pelajar (P2P) 
Hanya calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dihubungi bagi tujuan pemilihan / ujian personaliti/ temuduga.
Calon yang tidak dihubungi sehingga tempoh sah laku permohonan hendaklah beranggapan bahawa permohonan TIDAK BERJAYA.
TEMPOH SAH LAKU permohonan adalah selama tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan.
Sekian terima kasih.
Pusat Perumahan dan Pengangkutan Pelajar (P2P)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor Darul Takzim

Last Updated ( Isnin, 30 Oktober 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.