Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Soul Revolution Charity Concert kumpul dana untuk kebajikan
Soul Revolution Charity Concert kumpul dana untuk kebajikan Print E-mail
Hear this article
Batu Pahat - Kemunculan artis-artis tempatan seperti Dayang Nurfaizah, Hail Husaini, Ismail Izani, Indah Ruhaila dan undangan khas Datuk Haji Mohamed Hadi Putra (Adi Putra) berjaya menggegarkan Dewan Sultan Ibrahim dengan sorakan kira-kira 2200 penonton yang hadir menyaksikan Soul Revolution Charity Concert yang berlangsung pada 1 November baru-baru ini.

Konsert Amal anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Sekretariat Festival Konvokesyen 2017 ini diadakan bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada tabung Johor I-Care Society (JICS) dan Program Sabil Al- Hikmah universiti. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni),Profesor Madya Dr. Asri Selamat menyerahkan moq cek bernilai RM2000 kepada Presiden JICS, Datuk Haji Mohamed Hadi dan RM3000 untuk dana Sabil Al-Hikmah.

Bagi mencapai objektif penganjuran iaitu berhibur sambil menderma, pihak penganjur turut menyediakan tabung sumbangan kepada penonton untuk memudahkan mereka menyumbang bagi tujuan kebajikan.

Hadir sama menyaksikan konsert tersebut Naib Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Encik Mohammad Khairul Izzat Datuk Haji Ariss dan Ketua Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Encik Azlan Wanti.
 
 
Last Updated ( Isnin, 06 November 2017 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.