Home arrow News arrow UTHM Buktikan Kehebatan Penyelidikan Di ITEX’08
UTHM Buktikan Kehebatan Penyelidikan Di ITEX’08 Print E-mail

Kuala Lumpur, 10 Mei 2008 – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sekali lagi membuktikan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dengan kejayaan memenangi 13 pingat dalam 19th International Invention, Innovation And Technology Exhibition 2008 (ITEX’08). Selain itu, rekaan booth pameran UTHM turut memenangi pingat perak bagi kategori Rekaan Booth Terbaik untuk kategori ruang pameran di bawah 54 meter persegi.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Malaysian Invention & Design Society (MINDS) ini telah diadakan dari 9 hingga 11 Mei 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh YB Dr. How Kok Chong, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Lebih 500 peserta dari pelbagai negara seperti Malaysia, Korea, Taiwan, Hong Kong, Iran, Croatia, Australia, Poland dan Itali telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Walaupun berdepan dengan saingan dari pelbagai negara di peringkat antarabangsa, penyelidik UTHM terus unggul dengan memenangi 3 pingat emas, 3 pingat perak dan 7 pingat gangsa. Kesemua produk yang menyertai  ITEX ’08 adalah yang pertama kali dipertandingkan. Kejayaan ini membuktikan keupayaan penyelidik UTHM menjalankan penyelidikan yang berkualiti serta mampu bersaing diperingkat antarabangsa. Produk hasil penyelidikan bertajuk ‘Easy Morse Code Transciever And Trainer’, ‘Radio Frequency Digital Interface’ dan ‘Canister Spray Gun With Nozzle Control’ telah dipilih oleh panel hakim untuk menerima pingat emas.

Penyertaan UTHM dalam ITEX’08 juga telah membuka peluang yang cukup luas kepada para penyelidik UTHM untuk mengkomersilkan produk-produk yang telah dihasilkan. Pelbagai pihak dari syarikat dan industri telah mengunjungi ruang pameran UTHM bertujuan mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk-produk yang dipamerkan serta mengadakan perbincangan untuk mengadakan kerjasama perniagaan.

Selain itu, pelbagai pandangan pengunjung telah diterima untuk membantu menambahbaik fungsi dan kegunaan produk-produk yang dihasilkan agar pengkomersilan produk-produk tersebut dapat memenuhi kehendak pasaran.

Kejayaan yang membanggakan ini, menjadi bukti keupayaan penyelidik UTHM dalam menghasilkan penyelidikan yang memenuhi kehendak industri serta mempunyai nilai akademik yang tinggi .

Naib Canselor UTHM, Y. Bhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Ismail bin Hj. Bakar turut hadir meluangkan masa bertemu para peserta UTHM yang menyertai ITEX’08. Beliau melahirkan rasa gembira atas pencapaian yang membanggakan ini dan mengharapkan agar pertandingan dan pameran seumpama ini akan dapat menggalakkan lebih ramai lagi penyelidik UTHM menjalankan penyelidikan yang berkualiti serta dapat memberi impak yang cukup besar kepada kemakmuran sejagat.

Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi UTHM ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam ITEX’08. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya memenangi pingat dalam pertandingan ini. Semoga usaha dan komitmen yang telah diberikan akan dapat membantu universiti ini menerajui penyelidikan bertaraf dunia.

Senarai pemenang pingat dalam ITEX’08 adalah seperti berikut :

Bil Nama produk Nama Penyelidik Fakulti Pingat
 1  EMCOTT (Easy Morse Code Transceiver And Trainer)  Johnny Chong Wei CheeProf. Dr. Mohd Zarar Mohd Jenu  FKEE  Emas
 2  Radio Frequency Digital Interface (RFDi)  Ahmad Azlan Abd AzizMohd Fadel Alwi  FKEE  Emas
 3  Canister Spray Gun With Nozzle Control  Prof. Madya Ayob JohariMohd Erdi AyobMohd Izwan AyobMohd Afif AyobM.H.A WahabD.M. Nor  FKEE  Emas
 4  Multipurpose Solar Cooker Gadget  Erwan SulaimanMohd Nabil Fikri Mohd AliNurlailie Izani AzizanNazraatulnisa Mohamad Isa  FKEE  Perak
 5  Prototype Development Using Pulverized Palm Oil Based Fly Ash  Fahmi Abd GhafirDr. Mustaffa IbrahimNasuha SaudeSaifulnizan JamianMokhtar A. HamidNorhidayah Mohd Zin  FKMP  Perak
 6  CONSIEVER (Innovative On-Site Construction Sand Siever)  Prof. Madya Mohd Idrus Mohd MasirinAs-Shar KasalanFajaruddin MustakimEzree AbdullahSaifullizan Mohd Bukari  FKAAS  Perak
 7  SMSecure (Smart Motion Sensor Security System)  Kelly Lee Tze YingProf. Dr. Mohd Zarar Mohd Jenu  FKEE  Gangsa
 8  Lean Com² Toolkit  Dr. Christy P. GomezSiti Fazreena Idayu BahtiarKoh Heng Boon  FPT   Gangsa
 9  Walk in Stability Chamber for Thermal Comfort and Productivity Studies  Adnan HusainAb. Mutalib LemanProf. Ir. Mohamad Zainal Md. YusofNurul Zakiah Zamri TanRedza Izwan Abdul RahmanIshak Mohamed Basri  FKMP  Gangsa
Bil Nama produk Nama Penyelidik Fakulti Pingat
 10  Patellar Reflex Using LVDT  Mohd Fauzul Azim Mohd ZinWan Suhaimizan Wan Zaki  FKEE  Gangsa
 11  RESET – Reverse Engineering System Requirements Tool  Prof. Madya Dr. Rosziati IbrahimTiu Kian Yong   FTMM  Gangsa
 12  Motorized Fruit Picker  Muhammad Shukri AhmadAhmad AlabqariZainal Abidin JalilChen Tet ShinChong Pui Hong  FKEE  Gangsa
 13  LORIS (Level of Service (LOS) for Multilane Highway, Road Accident And Highway Information System)  Mohd. Ezree AbdullahProf. Madya Mohd Idrus Mohd MasirinProf. Madya Dr. Kemas Ahmad ZamhariProf. Madya Ismail YusofIda Aryanie Bahrudin  FKAAS  Gangsa

Last Updated ( Rabu, 14 Mei 2008 )
 
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2008. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.