Home arrow News arrow Penyelidik UTHM Mencapai Kejayaan Mengharungi Saingan Sengit Di INPEX '08
Penyelidik UTHM Mencapai Kejayaan Mengharungi Saingan Sengit Di INPEX '08 Print E-mail

Pittsburgh, USA – Tirai penyertaan UTHM ke pertandingan penyelidikan peringkat antarabangsa bagi tahun 2008 dibuka dengan dengan menyertai Invention & New Product Exposition 2008 (INPEX’08) yang telah diadakan pada 11 hingga 14 Jun 2008, di David L. Lawrence Convention Centre, Pittsburgh, USA.

Pertandingan yang berkonsepkan ‘trade show’ ini adalah yang julung-julung kalinya disertai oleh penyelidik UTHM dan benar-benar mencabar serta menguji keupayaan penyelidik kerana isu pengkomersilan produk-produk yang dipertandingkan memainkan faktor yang cukup besar dalam aspek pemarkahan.

INPEX 2008 merupakan pameran hasil ciptaan terbesar di Amerika Syarikat dan disertai oleh kebanyakan negara-negara di dunia seperti China, Croatia, Perancis, German, Hong Kong, Korea, USA, Sepanyol, Rusia, Taiwan dan lain-lain lagi. 5 produk penyelidik UTHM telah dihantar untuk menyertai pertandingan tersebut dan UTHM telah berjaya memperolehi 1 pingat perak dan 3 pingat gangsa seperti maklumat berikut :

Bil Nama Produk Nama Penyelidik & Fakulti Pingat
 1.  Multi-Purpose Jacket (COMSKET)  En. Lam Kah HoeCik Mimi Nahariah Azwani bt Mohamad(PPKK)  Perak
 2.  Easy Morse Code Transceiver And Trainer (EMCOTT)  En. Johnny Chong Wei CheeProf. Dr. Mohd Zarar bin Mohd Jenu(FKEE)  Gangsa
 3.  Pulverized Palm Oil Based Fly Ash for Rapid Prototype Development (PalmoFlash)  Dr. Mustaffa IbrahimEn. Mohd Fahmi bin Abdul GhafirEn. Nasuha SaudeEn. Saifulnizan JamianEn. Mokhtar A. HamidCik Norhidayah Mohd Zain(FKMP)  Gangsa
 4.  Radio Frequency Digital Interface (RFDi)  En. Mohd Fadel AlwiEn. Ahmad Azlan Abd Aziz(FKEE)   Gangsa

Selain itu, pertandingan ini juga telah diadili oleh juri dari negara-negara di seluruh dunia dan keupayaan hasil penyelidikan UTHM tersenarai dalam penerima pingat membuktikan hasil penyelidikan UTHM mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan berpotensi untuk dikomersilkan.

Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua staf yang telah mengambil bahagian serta membantu dalam menjayakan penyertaan ke pertandingan ini.

Ucapan tahniah dan syabas juga ditujukan kepada para penyelidik yang telah berjaya dan diharapkan kejayaan ini akan dapat menjadi pendorong kepada penyelidik UTHM yang lain untuk berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mencipta kejayaan seterusnya di peringkat antarabangsa.


 
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2008. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.