Home arrow News arrow Kemenangan Di National Floating Tower Competition
Kemenangan Di National Floating Tower Competition Print E-mail

Sempena ISCE 2008, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam telah menganjurkan National Floating Tower Competition pada 11 Jun 2008.  Pertandingan ini di sertai oleh 31 kumpulan pelajar daripada institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia, termasuk UTHM.  Setinggi-tinggi penghargaan kami kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar kerana telah menaja yuran pendaftaran untuk empat kumpulan terpilih dari FKAAS, di mana tiga kumpulan terdiri dari pelajar tahun tiga dan satu kumpulan dari pelajar tahun satu.  Kumpulan pelajar ini adalah di bawah penyeliaan En. Ahmad Fahmy bin Kamarudin (JKSB) dan En. Mohd. Hazreek bin Zainal Abidin (JKGB).

Lima hadiah wang tunai dan 25 sagu hati telah ditawarkan dan menjadi rebutan semua peserta yang bertanding.  Mohd. Shafiq b. Aminudin (AF050253), Masfaruddeen b. Mohd. Ali (AF050203), Abang Johanizam bin Abang Robil (AF050224) and Macdirglieh Garai Anak Ungka (AF 050272) dari UTHM telah mendapat tempat kedua dan memenangi wang tunai RM1,000 berserta sijil penyertaan.  Hadiah utama dimenangi oleh
Universiti Teknologi Petronas Malaysia (tempat pertama-RM1,500), diikuti oleh Universiti Pertahanan Malaysia (tempat ketiga-RM750) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (tempat keempat -RM500 dan kelima-RM300).  Tahniah dan syabas kepada semua peserta terutama FKAAS di atas kesungguhan dan kemenangan mereka.


 
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2008. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.