Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Penyelidik UTHM memenangi Anugerah Kertas Kajian Terbaik di IBIMA 2008
Penyelidik UTHM memenangi Anugerah Kertas Kajian Terbaik di IBIMA 2008 Print E-mail
Hear this article

 

 

En. Rosmaini bin Tasmin
Pensyarah, FPT
  

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) membuktikan bahawa hasil kajian tenaga akademiknya mampu menyaingi output penyelidik-penyelidik antarabangsa. Ini dibuktikan melalui pencapaian pensyarah dari Fakulti Pengurusan Teknologi (FPT), Rosmaini bin Hj. Tasmin yang telah berjaya memenangi “Best Paper Award” bagi kertas kerja bertajuk “Linking knowledge management and innovation” dalam persidangan Pertubuhan Pengurusan Maklumat Perniagaan Antarabangsa 2008 (IBIMA 2008) yang diadakan baru-baru ini di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Kertas kerja ini akan dikeluarkan di dalam journal “Management News” yang diterbitkan oleh Emerald. Kertas kerja ini adalah sebahagian dari dapatan penyelidikan PhD beliau. IBIMA adalah sebuah pertubuhan yang berasaskan pengurusan maklumat perniagaan antarabangsa yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat. Persidangan IBIMA 2008 yang ke-10 ini telah disertai oleh seramai 137 peserta dari 28 buah negara. Universiti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pencapaian cemerlang ini dan semoga ianya menjadi pemangkin bagi penyelidik UTHM lain mencapai kejayaan bagi mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa. Maklumat lanjut tentang IBIMA 2008 boleh didapati melalui laman sesawang www.ibima.org.

 
 

 

 

 

 

 

Last Updated ( Jumaat, 03 Julai 2009 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
18 June 2013 09:47
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.