Berita
Mesin Bio-45D Ciptaan Penyelidik UTHM Rangkul 'The Best Award' Dalam Malaysia Technology Expo 2009 | Mesin Bio-45D Ciptaan Penyelidik UTHM Rangkul 'The Best Award' Dalam Malaysia Technology Expo 2009 |
|
|
|
MESIN BIO-45D CIPTAAN PENYELIDIK UTHM RANGKUL ANUGERAH
‘THE BEST AWARD' DALAM MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2009
PWTC, Kuala Lumpur - Tirai penyertaan UTHM dalam pertandingan penyelidikan dan inovasi bagi Tahun 2009 dimulai dengan penuh gemilang apabila produk Mesin Bio-45D hasil penyelidikan Tuan Haji Mohd Salleh bin Tahar, Encik Khairul Fahmi bin Ali dan Encik Mohd Kamil bin Ahmad Tajuddin dari Fakulti Pendidikan Teknikal telah berjaya merangkul dua pingat emas iaitu pingat emas bagi kategori A (Machinery) dan anugerah ‘The Best Award'.
Dalam pertandingan tersebut Panel juri telah bersetuju memilih Mesin Bio-45D sebagai antara 10 produk terbaik daripada 460 produk hasil penyelidikan dan inovasi yang dipertandingkan dalam 8th Malaysia Invention and Innovation Award 2009 sempena Malaysia Technology Expo 2009 (MTE 2009). Pameran yang menghimpunkan hasil penyelidikan dan inovasi dari seluruh IPTA/IPTS dan pelbagai agensi ini telah diadakan bermula pada 19 hingga 21 Februari 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Fadillah bin Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.
Berbekalkan azam dan tekad untuk membantu mengatasi masalah penduduk setempat di kawasan Parit Raja yang terkenal dengan industri perusahaan kerepek, kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Salleh Tahar telah mencipta Mesin Bio-45D bertujuan mengatasi masalah pembuangan minyak masak terpakai untuk ditukarkan kepada minyak biodiesel yang boleh digunakan semula dalam industri automotif. Justeru, mesin ini dapat membantu mengatasi masalah pencemaran sungai di Batu Pahat dan pastinya memberikan kelegaan kepada para pengusaha kerepek yang bergantung kepada perusahaan ini sebagai salah satu sumber ekonomi terpenting di daerah ini.
Selain itu, para penyelidik UTHM juga turut mempamerkan kecemerlangan dalam menghasilkan produk penyelidikan yang berkualiti dan mempunyai potensi untuk dikomersilkan apabila turut berjaya merangkul 3 pingat perak dan 8 pingat gangsa. Kejayaan menerima pengiktirafan ini membuktikan bahawa hasil penyelidikan UTHM mempunyai nilai komersil yang amat tinggi dan berupaya memberi impak kepada pembangunan negara dan masyarakat.
Seluruh warga UTHM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penyelidik yang telah mengambil bahagian dalam MTE 2009. Semoga usaha gigih dan semangat yang ditunjukkan ini akan memberi inspirasi kepada seluruh penyelidik UTHM untuk menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang mampu menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat.
Senarai nama pemenang adalah seperti berikut :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 03 Julai 2009 ) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Bakal Pelajar |
| Pelajar |
| Alumni |




