Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow Mesin Bio-45D Ciptaan Penyelidik UTHM Rangkul 'The Best Award' Dalam Malaysia Technology Expo 2009
Mesin Bio-45D Ciptaan Penyelidik UTHM Rangkul 'The Best Award' Dalam Malaysia Technology Expo 2009 Cetak Emel
Hear this article
 
 MESIN BIO-45D CIPTAAN PENYELIDIK UTHM RANGKUL ANUGERAH
‘THE BEST AWARD' DALAM MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2009

PWTC, Kuala Lumpur - Tirai penyertaan UTHM dalam pertandingan penyelidikan dan inovasi bagi Tahun 2009 dimulai dengan penuh gemilang apabila produk Mesin Bio-45D hasil penyelidikan Tuan Haji Mohd Salleh bin Tahar, Encik Khairul Fahmi bin Ali dan Encik Mohd Kamil bin Ahmad Tajuddin dari Fakulti Pendidikan Teknikal telah berjaya merangkul dua pingat emas iaitu pingat emas bagi kategori A (Machinery) dan anugerah ‘The Best Award'.

Dalam pertandingan tersebut Panel juri telah bersetuju memilih Mesin Bio-45D sebagai antara 10 produk terbaik daripada 460 produk hasil penyelidikan dan inovasi yang dipertandingkan dalam 8th Malaysia Invention and Innovation Award 2009 sempena Malaysia Technology Expo 2009 (MTE 2009). Pameran yang menghimpunkan hasil penyelidikan dan inovasi dari seluruh IPTA/IPTS dan pelbagai agensi ini telah diadakan bermula pada 19 hingga 21 Februari 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Fadillah bin Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Berbekalkan azam dan tekad untuk membantu mengatasi masalah penduduk setempat di kawasan Parit Raja yang terkenal dengan industri perusahaan kerepek, kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Salleh Tahar telah mencipta Mesin Bio-45D bertujuan mengatasi masalah pembuangan minyak masak terpakai untuk ditukarkan kepada minyak biodiesel yang boleh digunakan semula dalam industri automotif. Justeru, mesin ini dapat membantu mengatasi masalah pencemaran sungai di Batu Pahat dan pastinya memberikan kelegaan kepada para pengusaha kerepek yang bergantung kepada perusahaan ini sebagai salah satu sumber ekonomi terpenting di daerah ini.

Selain itu, para penyelidik UTHM juga turut mempamerkan kecemerlangan dalam menghasilkan produk penyelidikan yang berkualiti dan mempunyai potensi untuk dikomersilkan apabila turut berjaya merangkul 3 pingat perak dan 8 pingat gangsa. Kejayaan menerima pengiktirafan ini membuktikan bahawa hasil penyelidikan UTHM mempunyai nilai komersil yang amat tinggi dan berupaya memberi impak kepada pembangunan negara dan masyarakat.

Seluruh warga UTHM  merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penyelidik yang telah mengambil bahagian dalam MTE 2009. Semoga usaha gigih dan semangat yang ditunjukkan ini akan  memberi inspirasi kepada seluruh penyelidik UTHM untuk menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang mampu menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat.

 

Senarai nama pemenang adalah seperti berikut :

Bil

Nama Produk

Nama Penyelidik

Fakulti

Pingat

1.

Automatic Machine for Processing Biodiesel Based Upon Used Cooking Oil

(Mesin Bio-45D)

Tn. Hj. Mohd Salleh bin Tahar

En. Khairul Fahmi bin Ali

En. Mohd Kamil bin Ahmad Tajuddin

FPTek

Emas

dan  ‘The Best Award'

2.

Lean Com² Toolkit

Dr. Christy P. Gomez

En. Koh Heng Boon

Siti Fazreena Idayu Bahtiar

FPT

Perak

3.

Digital Electronic Kit (D.E.K)

En. Ahmad Rizal bin Madar

Cik Siti Saharah bt Latif

En. Mohamad Raffi bin Rahim

FPTek

Perak

4.

Rapid Portable Water Penetration Test System for Foamed Concrete

En. Koh Heng Boon

Prof. Madya Dr. Lee Yee Loon

Datuk Prof. Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

FKAAS

Perak

5.

Water Draining Road

Prof. Madya Dr. Lee Yee Loon

Prof. Madya Dr. Ahmad Tarmizi bin Abdul Karim

En. Koh Heng Boon

En. Izudinshah bin Abdul Wahab


En. Mohd Hilton bin Ahmad

En. Goh Kau Soon

FKAAS

Gangsa

6.

PaintPro

En. Melvin Samuel s/o Pakinathan

En. Chang Kent Chin

En. Azmi bin Latif

PPKK

Gangsa

7.

Ijuk-Natural Fibre Reinforced Composite

(I-NaFReC)

Dr. Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi

En. Zulfadhli Mohd Nur Zein

Prof. Mohd Imran Ghazali

Dr. Shahruddin Mahzan

FKMP

Gangsa

8.

Rapid Portable Compressive Strength Test System for Foamed Concrete

En. Koh Heng Boon

Prof. Madya Dr. Lee Yee Loon

Datuk Prof. Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

FKAAS

Gangsa

9.

The Lightweight Concrete Driven Piles (LCP) for Deep Foundation on Soft Soil

Ir. Agus Sulaeman

En. Amirul Hafiz bin Mohd Ghazali

FKAAS

Gangsa

10.

ARG-Zeolite Catalytic Converter (Z-CAT)

Pn. Hamimah Abd Rahman

En. Shahrin Hisham Amirnordin

En. Ahmad Sobri bin Ahmad Hudin

Cik Norwahdah bt Rahmat

En. Mas Fawzi Mohd Ali

Dr. Ahmad Jais Alimin

FKMP

Gangsa

11.

Spatial Visualization Ability Test Instrument (SVATI)

Prof. Madya Dr. Maizam bt Alias

Dr. Zainal Abidin bin Akashah

Prof. Madya Dr. Zurinah Suradi

Dr. Ismail bin Abd Rahman

FPTek

Gangsa

12.

Annular Distributor for Fluidization

En. Mohd Faizal bin Mohideen Batcha

En. Suzairin Md Seri

En. Vijay R. Raghavan

FKMP

Gangsa

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 03 Julai 2009 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
29 October 2014 14:23
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.