Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow PALAPES UTHM Terima Pingat
PALAPES UTHM Terima Pingat Print E-mail
Hear this article
  

PALAPES UTHM Terima Pingat

JOHOR BAHRU: Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah memenangi beberapa pingat yang membanggakan dalam beberapa pertandingan yang diadakan sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA kali ke-28 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Sebanyak 12 IPTA seluruh negara telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Tekologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Pendidikan Sultan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Pahang (UniMAP) dan UTHM.

 

 

Dalam Pertandingan Futsal, UTHM bertemu dengan UUM dalam perlawanan akhir sebelum diumumkan sebagai Johan dan berjaya membawa pulang Piala Pusingan.

Dalam pertandingan menembak pistol (novelty) pula, PALAPES UTHM telah berjaya membawa pulang Piala Johan Keseluruhan melalui tiga kategori yang dipertandingkan. Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut.

•1.      Pertandingan Menembak Berkumpulan           - Johan

•2.      Pertandingan Menembak Jatuh Piring             - Naib Johan

•3.      Pertandingan Menembak Individu

••          Mej. Mazlan bin Hj Mohd Zain             - Naib Johan

••          Lt. Shahrome bin Shahadan              - Tempat ke-4

 

 

Empat penembak yang mengharumkan nama universiti itu adalah Lt. Kol. (K) Prof. Dr. Hashim bin Saim (Timbalan Komandan), Mej. Mazlan bin Hj. Mohd Zain (Ketua Jurulatih), Lt. Shahrome bin Shahadan (Ketua Platun) dan Lt. Engr. Muhammad Suhaimi bin Sulong (Ketua Peringkat) dari PALAPES UTHM.

Dalam pertandingan Merentas Desa, dua Pegawai Muda dari PALAPES UTHM telah memenangi pertandingan ini dan keputusan adalah seperti berikut.

Kategori Lelaki dan Wanita Terbuka

•1.      Lt. M. Mohd Azuna bin Mohamed Sabri           - Tempat ke-13

•2.      Lt. M. Nur Afiza binti Md. Sopi                          - Tempat ke-14

 

 

Dalam pertandingan Kawad Kaki pula, PALAPES UTHM telah mendapat tempat ke-4 daripada 12 IPTA seluruh Malaysia. Johan bagi pertandingan ini adalah UTM diikuti dengan UKM dan USM.

Timbalan Komandan PALAPES UTHM, Lt. Kol. (K) Prof. Dr. Hashim Saim berkata, sejak penubuhan pada tahun 2004, prestasi PALAPES UTHM semakin meningkat  dan telah mengharumkan nama universiti serta membuktikan kemampuan kita untuk bersaing di peringkat kebangsaan. Tambahan lagi, hasrat beliau agar PALAPES UTHM akan lebih menyerlah pada tahun-tahun akan datang.

Seramai 64 pegawai kadet Peringkat Senior dari PALAPES UTHM telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung daripada jumlah keseluruhan seramai 1174 dari seluruh IPTA Malaysia. Istiadat Pentaulihan Diraja ini telah berlangsung pada 20 Jun 2009 bersamaan 26 Jamadilakhir 1430H bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM.

           

Disediakan Oleh,

Lt. Engr. Muhammad Suhaimi Sulong
Ketua Peringkat
PALAPES UTHM
 
Last Updated ( Isnin, 28 Disember 2009 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
20 May 2013 12:04
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.