|
Pejabat Hubungan Universiti dan Industri |
|
|
PENGENALAN
Pejabat Hubungan Universiti dan Industri telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2009 sebagai sebahagian dari Pejabat Penolong Naib Canselor ( Hubungan Industri dan Masyarakat) dengan tanggungjawab untuk menyelaras dan meningkatkan hubungan Universiti dan Industri serta mempromosikan jaringan strategik dengan rakan Industri bagi memperkukuhkan aktiviti Pengajaran, Pembelajaran, Penyelidikan dan Pembangunan Universiti.
VISI
Beriltizam menerajui kerjasama pintar hubungan Universiti-Industri
MISI
Melaksanakan jalinan pintar Universiti-Industri melalui kerjasama strategik
OBJEKTIF
- Mewujudkan hubungan strategik dengan pihak Industri
- Menyokong dan meningkatkan pengalaman pembelajaran dan latihan Industri
- Menjadi penghubung antara warga akademik dan pihak Industri
- Membantu dan menyokong aktiviti sangkutan industri staf dan pelajar di Industri
- Mengemaskini pengkalan data hubungan Universiti-Industri
Fungsi
Bahagian Latihan Industri
- Menguruskan perlaksanaan program Latihan Industri pelajar-pelajar UTHM secara berkesan dan sistematik
- Bertindak sebagai penghubung sepanjang tempoh perlaksanaan program Latihan Industri diantara pelajar dan Industri yang menawarkan penempatan program
- Menyediakan khidmat nasihat dan sokongan kepada pelajar berhubung isu-isu berkaitan Latihan Industri
- Membantu menyediakan dan mengemaskini polisi, prosedur dan garis panduan program penempatan Latihan Industri berdasarkan keperluan terkini
- Mengemaskini pangkalan data industri bagi memastikan penyediaan penempatan Latihan Industri yang berkualiti kepada pelajar UTHM
Bahagian Hubungan Industri
- Membantu mewujudkan jaringan dan hubungan baik antara UTHM dan Industri
- Mempertingkatkan dan mengukuhkan kerjasama antara UTHM dan Industri melalui kerjasama akademik, penyelidikan dan pembangunan Universiti
- Membantu menjayakan program akademik-industri melalui program sangkutan Industri atau sebarang program berkaitan
- Berperanan sebagai sekretariat Universiti bagi program hubungan Industri di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi
- Berperanan sebagai sekretariat Universiti bagi program intership di industri
- Berperanan sebagai sekretariat Universiti kepada permohonan Dana Kebolehpasaran Graduan di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi
Bahagian Kerjasama Universiti
- Menyediakan khidmat nasihat dan sokongan kepada warga UTHM bagi menjayakan aktiviti melibatkan kerjasama Universiti dengan agensi dalam dan luar negara
- Berperanan sebagai sekretariat menguruskan permohonan kerjasama Universiti dengan agensi dalam dan luar negara
- Memantau perkembangan aktiviti hubungan kerjasama Universiti dengan agensi dalam dan luar negara
- Menyelaraskan perlaksanaan majlis formal untuk tujuan hubungan kerjasama Universiti dengan agensi dalam dan luar Negara
Carta Organisasi
| Ketua Pejabat |
:
|
Dr. Hariati binti Taib |
| Ketua Jabatan |
: |
Dr. Ng Kim Soon
|
| Penolong Pegawai Tadbir |
: |
En. Zaifazol bin Said
|
| Pembantu Tadbir (P/O) |
: |
Pn. Zailiya binti Suradi |
| |
: |
En. Mohd Faishal bin Yanti |
| Pembantu Am Pejabat |
: |
En Haszizan bin Hasbullah |
Ketua
Dr. Hariati bte Mohd Taib
HUBUNGI KAMI
Pejabat Hubungan Universiti dan Industri
UTHM 86400 Parit Raja
Batu Pahat Johor
No. Tel : 07-4537193
No. Fax : 07-4536262
Emel :
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
|
|
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 21 Februari 2013 )
|